Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GE2025: Hazlina Halim mahu perjuangkan isu kos sara hidup, keharmonian antara agama

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: Hazlina Halim mahu perjuangkan isu kos sara hidup, keharmonian antara agama

Hazlina Halim (tengah) menggantikan Dr Maliki Osman (kanan)di GRC East Coast. (Gambar: Ruzaini Rashid/BERITA Mediacorp)

SINGAPURA: Bakal calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC East Coast, Hazlina Abdul Halim mahu memperjuangkan isu kos sara hidup dan keharmonian agama yang dekat di hatinya.

Beliau berkongsi perkara itu kepada pihak media di luar acara sesi bertemu penduduk di Bedok North pada Sabtu (12 Apr).

Cik Hazlina disahkan bakal menggantikan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Dr Mohd Maliki Osman dalam pasukan PAP bagi kawasan undi itu.
Cik Hazlina berkata beliau akur akan kenaikan kos sara hidup yang diharungi rakyat serta peri perlunya untuk memastikan unit keluarga yang utuh dalam masa-masa ini.

"Itu merupakan perjuangan saya selama ini untuk membantu keluarga-keluarga kita dapat berdaya tahan dan dapat membina kehidupan yang kami inginkan bersama," ujarnya.

Cik Hazlina pernah berkhidmat di beberapa pertubuhan Melayu/Islam termasuk sebagai Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

ISU KEHARMONIAN AGAMA & GAZA

Dalam pada itu, beliau berkongsi pengalaman bertemu para penduduk di kawasan GRC East Coast sejauh ini.

Antara yang memberi kesan mendalam bagi dirinya adalah kepentingan keharmonian antara kaum dan agama yang wujud di kawasan tersebut.

Para pemimpin agama yang ditemuinya di kawasan undi itu menitikberatkan persefahaman dan juga saling memahami supaya dapat saling mengasihi.

Lantaran itu, beliau ingin terus mendekati para penduduk di kawasan undi berkenaan dalam perihal keharmonian kaum dan agama.

"Isu di Gaza juga amat membimbangkan dan ramai di antara kami rasa amat terkesan. Justeru, saya ingin lebih mendekati penduduk di kawasan East Coast ini supaya sama-sama dapat kita membayangkan sesuatu yang boleh kita lakukan bersama," kata Cik Hazlina.

Antaranya adalah mewujudkan ruang dan wadah untuk menyuarakan kebimbangan dan keprihatinan masing-masing.

Cik Hazlina dan seorang lagi muka baharu, Goh Pei Ming menyertai Dr Maliki dan Menteri Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia, Edwin Tong untuk bertemu para penduduk.

Dalam GE2020, pasukan PAP GRC East Coast menang tipis dengan 53.39 peratus undi ke atas pasukan Parti Pekerja (WP).
Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan