GE2025: Hazlina Halim akan ganti Dr Maliki Osman di GRC East Coast
Ahli PAP Hazlina Abdul Halim, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman dan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada 12 Apr 2025. (Gambar: CNA/Mak Jia Kee)
Beliau berkata demikian kepada para wartawan pada Sabtu (12 Apr) di luar acara bertemu penduduk di Bedok North, yang merupakan sebahagian daripada GRC East Coast, tempat Dr Maliki berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP).
Apabila ditanya sama ada beliau akan bersara daripada politik, Dr Maliki berkata: "Saya tidak pernah menyebut bahawa saya akan bersara. Saya rasa mesej hari ini ialah saya tidak akan bertanding sebagai sebahagian daripada pasukan GRC East Coast yang baharu."
"Hazlina akan menjadi anggota baharu di sini. Apa yang saya lakukan selepas ini, anda akan mendapat maklumat apabila tiba masanya."
"Saya mohon penduduk GRC East Coast memberikan (Cik Hazlina) sokongan mereka kerana saya sendiri akan menyokongnya supaya beliau dapat meneruskan kerja dan usaha yang telah kami lakukan," tambah Dr Maliki.
Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, kini menerajui kawasan Siglap di GRC East Coast.
Turut hadir semasa acara bertemu rakyat pada pagi Sabtu (12 Apr) ialah rakan-rakan Anggota Parlimen GRC East Coast: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, Menteri Negara Kanan Tan Kiat How, Cik Jessica Tan dan Cik Cheryl Chan.
Anggota Parlimen GRC Marine Parade semasa, Edwin Tong, Cik Hazlina dan seorang lagi muka baharu PAP Encik Goh Pei Ming, turut dilihat menemani para Anggota Parlimen itu.
Dr Maliki, 59 tahun, pertama kali dipilih sebagai Anggota Parlimen di GRC Sembawang pada 2001. Selepas dua penggal di sana, beliau dipilih semula untuk lagi tiga penggal sebagai Anggota Parlimen GRC East Coast.
Cik Hazlina, 40 tahun, ialah mantan ketua eksekutif Make-A-Wish Singapore dan mantan Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dari 2020 hingga 2024. Beliau juga telah membantu Anggota Parlimen Tin Pei Ling di SMC MacPherson.
Selain daripada tugasnya sebagai penyampai dan editor berita di Mediacorp, Cik Hazlina pernah menjadi penasihat hal ehwal awam Kedutaan Amerika di Singapura sebelum berpindah ke sektor impak sosial.
Menurut laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) bulan lalu, GRC East Coast akan menyerap estet HDB di Chai Chee dan estet rumah privet di Siglap daripada GRC Marine Parade untuk pilihan raya akan datang (GE2025).
Kawasan itu akan dikekalkan sebagai kawasan undi dengan lima Anggota Parlimen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.