GE2025: GRC East Coast dijangka sengit antara PAP diterajui Edwin Tong, WP pimpinan Yee Jenn Jong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP) akan bertembung bagi merebut GRC East Coast pada Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025) pada 3 Mei.
Calon dari kedua-dua parti berjaya memfailkan borang pencalonan mereka di Sekolah Menengah Yusof Ishak pada Rabu (23 Apr).
Diketuai oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong, pasukan PAP juga terdiri daripada Menteri Negara Kanan Tan Kiat How, Jessica Tan dan muka baharu Hazlina Abdul Halim serta Dinesh Vasu Dash.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang sudah mengetuai pasukan itu sejak pilihan raya sebelum ini pada 2020, merupakan pengecualian mengejut pada saat-saat akhir. Beliau memasuki dewan pusat penamaan calon bersama lima calon lain, hanya untuk namanya tidak disertakan dalam borang pencalonan yang difailkan.
DPM Heng, yang pada 2020 juga dipindahkan saat-saat akhir dari Tampines ke GRC East Coast, mengumumkan persaraannya melalui catatan Facebook tidak lama selepas itu.
Pasukan PAP akan berdepan dengan pasukan WP yang terdiri daripada mantan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi Yee Jenn Jong, calon GE2020 Nathaniel Koh dan muka baharu Jasper Kuan, Sufyan Mikhail Putra dan Paris V Parameswari.
Yee dan Koh kedua-duanya bertanding di GRC Marine Parade dalam pilihan raya yang lalu.
TUGAS BERAT GANTI HENG SWEE KEAT
Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) bulan lalu membuat perubahan besar pada kawasan undi East Coast yang mempunyai lima anggota.
Ia menyerap estet HDB di Chai Chee dan estet privet Siglap dari GRC Marine Parade, sementara beberapa daerah dikeluarkan untuk membentuk sebahagian daripada GRC Pasir Ris-Changi yang baharu.
Terdapat 150,691 pengundi di GRC East Coast setakat 1 Februari.
Dalam ucapannya selepas pencalonan pasukannya disahkan, Encik Tong berkata: "Kami akan mendengar harapan dan kebimbangan anda. Kami akan menjadikan aspirasi anda satu kenyataan. Jika dipilih, kami akan berkhidmat untuk anda semua dengan segala yang kami ada."
Beliau kemudian memberitahu para wartawan bahawa beliau menjangkakan pertandingan yang "sengit" dalam pilihan raya itu, dan Encik Yee adalah "lawan yang hebat".
"Ada banyak kerja yang perlu dilakukan, tetapi kami mempunyai pasukan yang kuat dan rencam," kata Encik Tong.
Mengenai pasukan WP, beliau berkata: "Ini adalah pasukan yang kami pandang serius. Kami tidak boleh menganggap remeh, kami akan bekerja lebih keras supaya muka baharu dapat menyesuaikan diri secepat mungkin."
Beliau juga ditanya mengenai persaraan Encik Heng daripada politik, dan sama ada beliau berdepan tugas yang berat untuk menggantikan Encik Heng.
"Ya, namun kami bersedia menghadapinya," adalah jawapan Encik Tong.
Dalam ucapan Encik Yee, beliau berkata: "Hari ini, kami mempunyai pasukan yang berdedikasi yang berdiri di atas kerja keras beribu-ribu sukarelawan dan calon terdahulu yang sudah bekerja di sini tanpa mengenal erti lelah selama 20 tahun yang lalu. Kami akan menjadi suara anda di Parlimen."
Pasukan WP pimpinan beliau tidak bercakap kepada wartawan selepas itu.
SATU LAGI PERTARUNGAN SENGIT?
Dalam pilihan raya sebelum ini pada 2020, East Coast merupakan kawasan undi yang menyaksikan pertandingan sengit antara pasukan yang diketuai oleh DPM Heng dan Nicole Seah dari WP.
Pasukan PAP mengalahkan WP setelah memperoleh 53.39 peratus undi - salah satu kemenangan paling tipis parti itu dalam Pilihan Raya Umum (GE) tersebut.
Ini berbanding 60.73 peratus yang dicapai oleh PAP dalam pilihan raya 2015, dan juga pencapaian terbaik WP di GRC tersebut sejak 2006.
Parti pemerintah mencalonkan Encik Heng, Dr Maliki Osman yang merupakan Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar pada waktu itu, Jessica Tan, Cheryl Chan dan muka bahaaru ketika itu Tan Kiat How.
Dr Maliki dan Cik Chan bersara dari politik pada Isnin.
Selain Cik Seah, pasukan WP ketika itu terdiri daripada Terence Tan, Dylan Ng, Kenneth Foo dan Abdul Shariff Aboo Kassim.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.