GE2025: ELD terima 245 permohonan bagi sijil derma politik
Anggaran Waktu Membaca:

Jabatan Pilihan Raya Singapura. (Gambar fail: TODAY/Ili Nadhirah Mansor)
SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya (ELD) menerima 245 permohonan bagi sijil derma politik untuk Pilihan Raya Umum (GE) pada 3 Mei, menurutnya dalam satu kenyataan pada Ahad (20 Apr).
Tarikh tutup permohonan ialah 19 April. Ini bermakna mungkin terdapat sebanyak calon itu yang akan bertanding untuk 97 kerusi di Parlimen.
Beberapa parti biasanya memohon sijil tambahan atau simpanan. Terdapat 226 permohonan untuk sijil sumbangan politik bagi GE2020, walaupun hanya 192 calon mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding bagi 93 kerusi parlimen ketika itu.
Peraturan pilihan raya Singapura menghendaki calon mengemukakan borang derma politik, di mana mereka perlu merekodkan sumbangan yang diterima dan mengisytiharkan bahawa dana tersebut dibenarkan di bawah undang-undang, termasuk peraturan yang melarang mereka daripada menerima pembiayaan dana daripada warga asing.
Calon yang ingin bertanding perlu mengemukakan sijil itu bersama kertas pencalonan mereka pada Hari Penamaan Calon, Rabu (23 Apr).
Mereka juga mesti mempunyai seorang pencadang, penyokong dan sekurang-kurangnya empat orang penyetuju.
Menurut ELD, ia juga menerima 42 permohonan bagi Sijil Jawatankuasa Masyarakat Melayu dan 37 untuk Sijil Jawatankuasa Masyarakat India dan Jawatankuasa Masyarakat Minoriti Lain.
Setiap kumpulan calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya parlimen di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya seorang calon daripada masyarakat Melayu atau masyarakat India dan minoriti lain, bergantung kepada keperluan GRC tertentu itu.
Sebanyak 97 kerusi menjadi rebutan di 33 kawasan undi bagi Pilihan Raya Umum akan datang, dengan 18 adalah GRC dan baki 15, Kawasan Undi Perseorangan (SMC).

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.