GE2025: Dua bakal calon ini kongsi keprihatinan, sambutan penduduk GRC Sengkang
GRC Sengkang sekali lagi dijangka menyaksikan persaingan sengit antara Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: GRC Sengkang sekali lagi dijangka menyaksikan persaingan sengit antara Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP).
Dengan lebih 58 peratus penduduk Sengkang berusia bawah 45 tahun, kedua-dua parti itu menampilkan individu-individu muda sebagai bakal calon untuk menambat hati penduduk bagi mewakili suara mereka di Parlimen kelak.
Pasukan WP akan cuba mempertahankan GRC Sengkang dan turut menampilkan wajah baharu, Abdul Muhaimin Abdul Malik, 36 tahun.
Beliau dijangka mengisi tempat Cik Raeesah Khan yang meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP) pada akhir 2021.
Graduan kejuruteraan mekanikal dari NTU itu sudah berkhidmat selaku pengurus hartanah kanan di Majlis Bandaran Aljunied-Hougang sejak 2015.
“Semasa saya bekerja dengan AHTC, di situ saya dapat mendampingi para penduduk tempatan dan mereka berkongsi tentang isu-isu dan juga bagaimana Anggota-Anggota Parlimen Aljunied-Hougang menyelesaikan isu-isu mereka. Dari situ, ia memberi saya perasaan untuk berkhidmat kepada masyarakat,” kata Encik Muhaimin.
Beliau juga sudah mendekati penduduk Sengkang sejak 2023 lagi.
“Kebanyakan mereka bangga ada anggota Melayu/Islam daripada WP yang berjumpa dengan mereka untuk mengetahui masalah-masalah yang mereka hadapi. Malahan, mereka selalu memberi sokongan apabila saya berjumpa dengan mereka,” ujar Encik Muhaimin.
Dalam GE2020, WP meraih 52.12 peratus undi dan persaingan sengit, sekali lagi dijangkakan antara pasukan WP dengan para calon dari PAP dalam pilihan raya akan datang.
PAP TAMPILKAN PASUKAN LEBIH MUDA, SEGAR DI SENGKANG
Pasukan PAP juga menampilkan bakal calon-calon muda dengan purata usia mereka 43 tahun.
Tiga daripada mereka merupakan muka baharu termasuk pensyarah NUS, Dr Elmie Nekmat, 43 tahun.
Meskipun baharu, beliau sudah lama mendekati penduduk di kawasan undi ini sejak empat tahun lalu.
"(Kami) datang dengan niat hanya untuk berkenalan untuk mendapat tahu berkenalan dengan penduduk penduduk di Sengkang. Jadi saya ambil masa. Saya tahu ini bukan perkara yang kita boleh dengan cepat dapat bina hubungan bukan? Pada mulanya, memang orang janggal sebab mereka tak kenal saya tetapi selepas dua atau tiga tahun, para penduduk semakin mengenali kami dan saya dapat tahu mereka dengan lebih mesra. Barulah senang berkongsi tentang pengalaman dan juga masalah dan kekhuatiran mereka dengan saya," kata Dr Elmie yang juga merupakan bapa kepada empat orang anak.
Beliau turut prihatin akan nasib golongan tersepit atau ‘sandwich class’ dalam menangani kenaikan kos sara hidup.
Dr Elmie berkata: "Mereka mempunyai anak-anak kecil untuk dijaga. Mereka mempunyai ibu bapa yang tua yang sedang lanjut usia untuk untuk menjaga juga. Jadi kos penjagaan kanak-kanak, mereka amat prihatin serta kos penjagaan kesihatan orang tua mereka."
Bagi penduduk Melayu pula yang membentuk hampir 11 peratus pengundi di sini, dua calon Melayu/Islam itu juga mahu memperjuangkan isu-isu yang membelenggu mereka.
“Contoh tempat makanan halal Melayu yang kebanyakan kaum Melayu di Sengkang mahu, adalah seperti pusat penjaja "Boleh-Boleh" di mana seluruh pusat makanan itu halal dan ada beraneka macam. Jadi di Sengkang belum ada seperti begini. Tidak pernah ada pusat yang semuanya halal," jelas Dr Elmie.
Bagi Encik Muhaimin pula, “Saya akan berusaha untuk memajukan masyarakat Melayu/Islam supaya mereka setanding dengan masyarakat yang lain. Dengan itu, saya mahu menolong masyarakat Melayu muda kita yang keciciran untuk menaikkan taraf mereka dengan melanjutkan pelajaran mereka dengan lebih jauh.”
Kawasan undi Sengkang merupakan GRC 4-anggota yang terbesar dengan lebih 126,600 pengundi.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.