Skip to main content

Singapura

GE2025: Dr Maliki pelawa parti pembangkang 'bentang pelan' bagi GRC East Coast

Parti-parti pembangkang dialu-alukan untuk mengemukakan rancangan mereka kepada penduduk GRC East Coast, sama seperti yang dilakukan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), untuk memberi peluang yang adil kepada pengundi untuk membuat keputusan, kata Anggota Parlimen (AP) East Coast, Dr Maliki Osman pada Sabtu (22 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: Dr Maliki pelawa parti pembangkang 'bentang pelan' bagi GRC East Coast

(Dari kiri ke kanan) Anggota Parlimen GRC East Coast Tan Kiat How, Maliki Osman, Heng Swee Keat, dan Cheryl Chan di Kelab Masyarakat Siglap pada 22 Mac 2025. (Gambar: CNA/Raj Nadarajan)

Diterbitkan : 22 Mar 2025 09:58PM Dikemas Kini : 22 Mar 2025 09:59PM
SINGAPURA: Parti-parti pembangkang dialu-alukan untuk mengemukakan rancangan mereka kepada penduduk GRC East Coast, sama seperti yang dilakukan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), untuk memberi peluang yang adil kepada pengundi untuk membuat keputusan, kata Anggota Parlimen (AP) East Coast, Dr Maliki Osman pada Sabtu (22 Mac).

"Dalam demokrasi (Singapura), kami mahu memastikan setiap rakyat mempunyai hak untuk membuat pilihan," tambah Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar.

Anggota-anggota Parti Pekerja (WP) telah bergiat aktif di kawasan GRC East Coast dan dijangka akan bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

PELAN EAST COAST

Ditanya mengenai "Pelan East Coast", yang pertama kali diperkenalkan pada pilihan raya yang lalu, Dr Maliki berkata pasukan PAP telah "mengukuhkan tiga tunggak utama - untuk mewujudkan East Coast yang prihatin, East Coast yang hijau dan East Coast yang bersemangat."

Beliau berkata sepanjang lima tahun yang lalu, prasarana telah dipertingkatkan, termasuk Balai Rakyat Siglap baharu yang siap dibina pada 2023.

Pasukan itu juga telah memperkenalkan pelbagai program sosial untuk memenuhi keperluan penduduk.

"Kami membangunkan kelab kanak-kanak untuk memenuhi keperluan keluarga muda. Kami (juga) mempunyai perkhidmatan untuk warga emas," kata Dr Maliki.

Beliau berkata pasukan itu menyedari bahawa beberapa penduduk warga emas yang tinggal di kawasan perumahan privet menghadapi kesulitan untuk mengakses pengangkutan awam.

Lantaran itu, mereka membawa klinik perubatan tradisional Cina mudah alih terus kepada mereka.

Dr Maliki juga mengakui bahawa kenaikan kos sara hidup kekal menjadi kebimbangan utama dalam kalangan penduduk.

CALON BERPOTENSI

Sebagai memberi respons kepada soalan media mengenai calon politik baharu di AP GRC East Coast Cheryl Chan berkata bahawa masih "terlalu awal" untuk membincangkan perkara tersebut dan segala keputusan akan dibuat oleh ibu pejabat PAP.

"Saya tidak tahu siapa yang akan dihantar ke sini, sejujurnya, kerana saya juga belum diberitahu. Jadi saya rasa kita perlu tunggu," tambahnya.

Minggu lalu, The Straits Times melaporkan bahawa Encik Heng mengalu-alukan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong ke dalam kumpulannya semasa lawatan ke Simei Plaza pada Sabtu (15 Mac).

Kawasan Joo Chiat Encik Tong telah diserap ke dalam GRC East Coast di bawah sempadan kawasan undi baharu yang diumumkan pada Mac.

"Pada akhirnya, yang lebih penting adalah sesiapa sahaja yang bertanding di GRC East Coast akan terus memenuhi keperluan penduduk, (serta) membentangkan dan melaksanakan rancangan dalam lima tahun akan datang jika kami dipilih," katanya.
Sumber : CNA/IM/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita