GE2025: Dr Maliki Osman umum bersara dari politik selepas 24 tahun berkhidmat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Mohamad Maliki Osman pada Isnin (21 Apr) mengumumkan persaraannya dari politik.
Ini selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding di GRC East Coast dalam Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025) dan tempatnya di kawasan undi itu akan diambil alih oleh muka baharu Parti Tindakan Rakyat (PAP) Hazlina Abdul Halim.
"Keutamaan segera saya adalah untuk memastikan peralihan lancar dan memberi sokongan kepada pasukan GRC East Coast dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya dalam satu catatan Facebook pada Isnin.
Dr Maliki berkata beliau dan Perdana Menteri Lawrence Wong telah bersetuju bahawa ia adalah masa terbaik untuk beliau "memberi laluan kepada calon baharu dan bersara dari politik" selepas berkhidmat selama lima penggal sejak 2001.
"Peluang berkhidmat kepada penduduk di GRC Sembawang, GRC East Coast, sebagai Datuk Bandar CDC Tenggara adalah satu perjalanan yang memperkayakan diri saya," katanya.
"Terima kasih, para penduduk, kerana mengalu-alukan kehadiran saya di rumah dan kehidupan anda, dan membenarkan saya untuk berkhidmat kepada anda sepanjang 24 tahun lalu. Saya akan sentiasa menghargai kenangan kita bersama."
Dr Maliki juga menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin akar umbi, sukarelawan dan kakitangan di pejabat kawasan undi atas komitmen mereka.
"Kepada rakan kongsi masyarakat dan penderma - terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi anda terhadap inisiatif-inisiatif yang telah memanfaatkan ramai," katanya.
Dr Maliki juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan Lee Hsien Loong "kerana memberikan saya amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemegang jawatan politik sejak 2004, dan peluang berkhidmat di beberapa kementerian".
"Ia adalah satu penghargaan dapat bekerja bersama PM Lee, PM Wong dan rakan-rakan kerja di Kabinet dalam mengharungi cabaran dan membentuk kejayaan Singapura yang berterusan," katanya.
Beliau menambah bahawa ia "terutama sekali lebih bermakna diberi peluang bekerjasama dengan para Anggota Parlimen Melayu/Islam yang lain dan pemimpin masyarakat untuk meningkatkan kehidupan menerusi pelbagai program sosial".

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.