GE2025: DPM Heng, SM Teo bersara dari politik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Wallace Woon, Raydza Rahman))
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat dan Menteri Kanan, Teo Chee Hean, sah tidak bertanding dalam pilihan raya kali ini.
Dalam catatannya di Facebook pada Rabu (23 Apr), DPM Heng mengumumkan beliau bersara daripada politik.
Menurut DPM Heng beliau membuat keputusan itu kerana mahu memberi laluan kepada para calon baharu PAP yang berkebolehan untuk berkhidmat kepada Singapura.
DPM Heng berkata adalah satu penghormatan dan keistimewaan baginya kerana diberi peluang berkhidmat kepada negara dan rakyat Singapura selama ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada para aktivis dan sukarelawan di East Coast dan Tampines.
Singapura, kata beliau, telah dapat melangkah jauh kerana usaha bersama seluruh rakyat Singapura.
DPM Heng menambah bahawa rasa tanggungjawab dan komitmen melakukan yang terbaik untuk negara, menjadikan Singapura istimewa.
Beliau turut menggesa rakyat supaya memberi Perdana Menteri Lawrence Wong mandat yang kuat untuk memimpin Singapura mengharungi masa-masa yang bergolak sekarang.
SM Teo juga mengumumkan bersara daripada politik selepas menceburinya selama 33 tahun.
Dalam catatannya di Facebook yang ditujukan kepada para penduduk Pasir Ris dan Punggol, SM Teo mengucapkan terima kasih kerana kebaikan, persahabatan dan sokongan mereka.
SM Teo berkata beliau memutuskan untuk berundur dari politik kerana yakin PAP mempunyai pasukan-pasukan yang komited dan berdedikasi untuk berkhidmat kepada Singapura.
Selama menceburi politik, SM Teo telah menyandang beberapa jawatan kabinet termasuk Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Menteri Pertahanan dan Menteri Ehwal Dalam Negeri.
SM Teo memulakan kerjayanya dalam politik pada 1992 selepas menang di GRC Marine Parade bersama pasukan pimpinan Goh Chok Tong.
DPM Heng pula menyertai politik menerusi kemenangan di GRC Tampines dalam GE2011.
Kedua-dua ahli politik itu dilihat di Pusat Penamaan Calon pada pagi tadi, tetapi mereka akhirnya disahkan tidak akan bertanding.

Sumber : CNA/MU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.