GE2025: Dennis Tan dari WP akan pertahan kerusi SMC Hougang daripada calon PAP Marshall Lim
Anggaran Waktu Membaca:

Dennis Tan - WP (kiri), Marshall Lim - PAP
SINGAPURA: Calon Parti Pekerja (WP) Dennis Tan akan mempertahankan kerusi SMC Hougang daripada Marshall Lim dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Umum (GE2025) pada 3 Mei.
Calon-calon yang akan bertanding bagi merebut SMC itu disahkan pada Rabu (23 Apr) iaitu Hari Penamaan Calon selepas kedua-dua calon menyerahkan borang pencalonan mereka di Sekolah Poi Ching di Tampines.
Encik Tan, 54 tahun, seorang perunding dan peguam perkapalan di firma DennisMathiew Shipping Lawyers, ialah setiausaha penganjur WP. Beliau menjadi Anggota Parlimen untuk SMC Hougang selepas pilihan raya yang lalu, di mana beliau mengalahkan Lee Hong Chuang dari PAP selepas memperoleh 61.21 peratus undi.
Berucap kepada penyokong WP, Encik Tan berkata beliau mahu terus berkhidmat di Hougang, disambut dengan sorakan ara penyokong.
"Terima kasih atas sokongan anda, izinkan saya dan WP berkhidmat untuk anda di Hougang. Sila undi WP," katanya dalam Bahasa Mandarin.
Dalam Pilihan Raya Umum (GE) kali ini, PAP meletakkan muka baharu Encik Lim, 38 tahun, seorang peguam jenayah untuk bertanding menentang Encik Tan.
Encik Lim, yang merupakan rakan kongsi di firma guama Martin & Partners, menggantikan Jackson Lam sebagai pengerusi cawangan Hougang parti itu pada bulan Februari.
Encik Lim, yang juga berucap dalam Bahasa Teochew dan Mandarin, mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir dan meminta pengundi untuk mengundi beliau. Beliau memohon sokongan supaya beliau dapat "bersuara untuk anda dan keluarga anda" bagi perkara-perkara penting.
SMC Hougang dipegang oleh WP sejak GE1991, apabila penolong setiausaha agung parti ketika itu Low Thia Khiang mengalahkan lawannya dari PAP dengan 52.8 peratus undi.
Encik Low menyerahkan kerusi itu kepada penggantinya Yaw Shin Leong pada GE2011 untuk bertanding di GRC Aljunied. Tahun itu Encik Yaw juga menang semasa menentang Desmond Choo dari PAP dengan 64.80 peratus undi.
Encik Yaw dipecat dari WP pada 2012 dan Pilihan Raya Kecil diadakan pada tahun yang sama. Dalam Pilihan Raya Kecil tersebut PAP sekali lagi meletakkan Encik Choo untuk bertanding tetapi calon WP Png Eng Huat muncul sebagai pemenang.
Encik Png dipilih semula dalam GE2015, diikuti oleh Encik Tan selepas GE2020.
Walaupun terdapat perubahan pada kawasan undi tersebut berikutan laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC), SMC Hougang dikekalkan tanpa sebarang perubahan.
Seramai 29,433 pengundi dari kawasan undi ini - jumlah yang sama seperti pilihan raya yang lalu - akan keluar mengundi pada 3 Mei.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.