GE2025: Calon RDU di SMC Jurong Central mahu manfaatkan kepakaran warga emas
Calon parti Titik Merah Bersatu (RDU) bagi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Jurong Central, Kala Manicham berkata PAP gagal memanfaatkan kepakaran golongan warga emas.
Kata Cik Kala, jika dipilih ke parlimen, beliau mahu membina sebuah pusat di mana para guru pesara boleh membantu dengan memberikan tuisyen percuma.
Khidmat tersebut, katanya, adalah bagi para pelajar yang tidak mampu mengikuti tuisyen privet.
Apabila ditanya bagaimana daya usaha tersebut akan dibiayai, Cik Kala menjawab bahawa lebihan belanjawan pemerintah, atau cara yang lain, akan digunakan untuk membiayai inisiatif tersebut.
"Mengutip dana di Singapura bukan perkara sukar kerana rakyat Singapura sangat baik hati. Jika berlaku sebarang bencana di serata dunia, rakyat Singapura adalah yang pertama untuk menderma wang," kata Cik Kala.
"Jadi saya percaya ramai rakyat Singapura akan tampil menderma wang jika anda mahu menjaga golongan warga emas," tambahnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.