GE2025: Calon perlu elakkan 'kempen negatif', memburukkan pihak lawan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail Jabatan Pilihan Raya Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Bakal calon dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) yang akan datang perlu mengelakkan "kempen negatif" dan memburuk-burukkan pihak lawan, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Selasa (15 Apr).
"Para calon, Ejen Pilihan Raya dan wakil mereka yang diberi kuasa perlu menjalankan kempen pilihan raya secara bertanggungjawab dan bermaruah sesuai dengan tahap serius proses pilihan raya."
Rakyat Singapura akan keluar mengundi pada 3 Mei untuk Pilihan Raya Umum ke-14 negara ini, selepas Presiden Tharman Shanmugaratnam membubarkan Parlimen pada Selasa.
Hari Penamaan Calon pada 23 April.
ELD mengeluarkan kenyataan media pada lewat petang Selasa di mana ia menggariskan garis panduan berkempen yang tertakluk dari pengeluaran Writ Pilihan Raya hingga ke Hari Penamaan Calon.
ELD menyatakan para calon perlu "elakkan kempen negatif berdasarkan kebencian dan memburuk-burukkan calon pesaing".
Mereka juga tidak boleh mengeluarkan kenyataan palsu seperti tuduhan rasuah yang tidak berasas atau dakwaan melakukan kesalahan jenayah, atau kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum atau agama atau menjejas perpaduan sosial.
ELD juga memberi amaran mengenai campur tangan asing.
"Keputusan pilihan raya Singapura ini mesti diputuskan oleh rakyat Singapura. Oleh demikian, para calon harus memainkan peranan masing-masing bagi memitigasikan risiko mereka menjadi wadah atau mangsa campur tangan asing.
"Para calon perlu meningkatkan pemahaman mereka mengenai ancaman dan berwaspada terhadap sebarang tingkah laku yang mencurigakan dan agenda terselindung, supaya kempen pilihan raya mereka bebas daripada sebarang campur tangan asing," ia menambah.
Campur tangan asing merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh para pelaku asing, seperti pemeirntah dan pertubuhan asing, yang cuba mempengaruhi politik dan dasar negara sasarannya.
Matlamat campur tangan asing adalah untuk memajukan kepentingan pelaku asing itu sendiri.
ELD juga menegaskan bahawa hanya rakyat Singapura yang boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya dan berkempen.
Mana-mana rakyat Singapura yang mahu menjalankan sebarang kegiatan pilihan raya bagi sebarang calon harus terlebih dahulu memiliki surat kuasa bertulis yang telah ditandatangani oleh calon atau Ejen Pilihan Raya mereka.
DEEPFAKE
Singapura meluluskan undang-undang pada Oktober 2024 bagi mengharamkan penggunaan teknologi deepfake dan sebarang kandungan calon yang dimanipulasikan secara digital semasa pilihan raya.
Pada Selasa, ELD sekali lagi menegaskan bahawa sebarang iklan pilihan raya yang dimanipulasikan secara online atau dicipta secara digital yang "secara realistik memberikan gambaran yang salah mengenai ucapan atau perbuatan bakal calon atau calon yang dilantik"adalah dilarang sepanjang tempoh pilihan raya.
Ini termasuk kandungan yang direka menggunakan teknologi generatif AI atau disunting menerusi wadah digital.
Para calon yang disalahgambarkan menerusi kandungan sedemikian boleh membuat permohonan dan pengisytiharan rasmi kepada Pegawai Pilihan Raya untuk menyemak kandungan tersebut.
PENGGUNAAN SEPANDUK, POSTER
Peraturan baharu bagi penggunaan sepanduk dan poster semasa Pilihan Raya Umum juga tertakluk kali ini.
Parti-parti politik harus mengisytiharkan butiran sepanduk, bendera atau poster yang mempunyai simbol parti yang dipaparkan sebelum Writ Pilihan Raya dikeluarkan.
Ini harus dilakukan dalam masa 12 jam selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.
Semua pengisytiharan oleh parti-parti politik mengenai sepanduk, bendera atau poster akan disediakan online untuk pemeriksaan awam.
Semasa tempoh berkempen - yang bermula sejurus selepas prosiding penamaan calon berakhir pada Hari Penamaan Calon dan berakhir dengan bermulanya sehari sebelum Hari Mengundi - sepanduk, bendera atau poster ini hanya boleh dipamerkan di tempat awam oleh calon, ejen pilihan raya atau pihak ketiga bertauliah dan hanya di lokasi tertentu yang ditetapkan perundingan subsidiari.
Pegawai Pilihan Raya boleh mengarahkan sebarang sepanduk, bendera atau poster yang tidak mematuhi peraturan supaya diturunkan.
Pegawai Pilihan Raya adalah pegawai awam yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk menyelia pilihan raya yang saksama dan lancar.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.