Skip to main content

Singapura

GE2025: Buat penyesuaian pada majlis walimah demi keluar mengundi

Hari Mengundi sememangnya hari cukup besar dan bersejarah bagi negara.

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: Buat penyesuaian pada majlis walimah demi keluar mengundi

Hari Bahagia Jatuh Pada Hari Mengundi. (Gambar: Medicorp)

Diterbitkan : 03 May 2025 10:51PM
  • Apabila Hari Mengundi berlaku serentak dengan hari menjadi 'Raja Sehari' atau hari perkahwinan, penyesuaian perlu dilakukan pada hari bersejarah mereka.
  • Sekitar 20 peratus daripada rakan dan anggota keluarga yang bertugas sebagai kakitangan awam ini, tidak dapat hadir sepanjang majlis diadakan.
  • Malah, keluarga pasangan pengantin juga mengambil keputusan untuk menutup majlis walimah yang diadakan bersama di dewan hotel Novotel Singapore on Kitchener, sejam lebih awal iaitu pada jam 3.00 petang.
  • Tambah Encik Jaafar, kebanyakan daripada tetamu majlis pula telah keluar mengundi dulu sebelum meraikan majlis anak mereka.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Hari Mengundi sememangnya hari cukup besar dan bersejarah bagi negara.

Namun apabila Hari Mengundi berlaku serentak dengan hari menjadi 'Raja Sehari' atau hari perkahwinan, penyesuaian perlu mereka lakukan pada hari bersejarah mereka.
Related article image
Majlis Persandingan Pasangan Syamilah Jaafar & Iqbal Mohamed Rizal Jatuh Pada Hari Mengundi 3 May 2025. (Gambar: Mediacorp)
Bagi pasangan mempelai Syamilah Jaafar dan Iqbal Mohamed Rizal, yang hari persandingan mereka adalah hari ini, beberapa penyesuaian terpaksa mereka dilakukan.
Related article image
Sekitar 20 peratus tetamu majlis yang diundang tidak dapat hadir kerana tugas Pilihan Raya. (Gambar: Mediacorp)
Sekitar 20 peratus daripada rakan dan anggota keluarga yang bertugas sebagai kakitangan awam ini, tidak dapat hadir sepanjang majlis diadakan.

Ini kerana mereka dikerahkan untuk tugas-tugas rasmi Pilihan Raya hari ini, termasuk abang pengantin perempuan.

Sungguhpun demikian, bagi pasangan pengantin yang bertugas sebagai kakitangan awam ini, 3 Mei 2025 akan sentiasa menjadi tarikh istimewa untuk mereka kenang sampai bila-bila.

"Ini dugaan buat kita la. Jadi ramai yang tak hadirlah. Misalannya, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara, yang kedua adalah mereka yang bekerja di jabatan pemerintah dan kakitangannya dipanggil. Kawan-kawan saya, kawan-kawan anak saya,ramai jugalah. Jadi saya lebihkan lagilah sedikit sahaja untuk untuk menggantikan tempat mereka," menurut Encik Jaafar Mohamad, bapa Cik Syamilah.

Tambah ibunya Cik Norlindah Mohd Noor,

"Agak sedih, kecewa tapi kita faham lah dah tugas mereka kan. Jadi mereka tak dapat nak elakkan. Pengantin Perempuan pun agak sedih kerana kawan-kawan tak dapat hadir, kawan-kawan sekerja, rapat."
Related article image
Majlis akhir sejam lebih awal untuk boleh ahli keluarga keluar mengundi. (Gambar: Mediacorp)
Malah, keluarga pasangan pengantin juga mengambil keputusan untuk menutup majlis walimah yang diadakan bersama di dewan hotel Novotel Singapore on Kitchener, sejam lebih awal iaitu pada jam 3.00 petang.

Ini agar mereka sendiri ada cukup masa untuk menjalankan kewajipan mengundi sebagai rakyat Singapura.

"Kita habiskan majlis lebih siang. Jadi bagi peluang untuk mereka yang belum mengundi untuk pergi mengundi. Jadi tidak payah kelam-kabut," menurut ibu pengantin perempuan Cik Noorlindah Mohd Noor.
Related article image
Jumlah perceraian pasangan Muslim dalam tempoh 10 tahun pertama pernikahan turun secara signifikan. (Gambar: Mediacorp)
Ini termasuk ahli keluarga terdekat kedua mempelai yang hadir di majlis pernikahan mempelai yang diadakan di hotel itu pada jam 10 pagi

Tambah Encik Jaafar, kebanyakan daripada tetamu majlis pula telah keluar mengundi dulu sebelum meraikan majlis anak mereka.
Sumber : BERITA Mediacorp/MY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita