Skip to main content

Singapura

GE2025: Barisan pemimpin PSP Tan Cheng Bock, Leong Mun Wai, Hazel Poa akan bertanding di GRC West Coast-Jurong West

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Apr 2025 10:50AM Dikemas Kini : 21 Apr 2025 12:38AM
SINGAPURA: Parti Kemajuan Singapura (PSP) mengumumkan pada Ahad (20 Apr) barisan calon yang akan bertanding di GRC West Coast-Jurong West dalam Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025).

Ia adalah persaingan semula di salah satu kawasan undi yang paling dinanti-nantikan dalam Pilihan Raya Umum.

Tiga pemimpin parti itu - pengerusi dan pengasas PSP Tan Cheng Bock, setiausaha agung Leong Mun Wai dan naib pengerusi Hazel Poa - akan bertanding di GRC West Coast-Jurong West dalam GE2025.

Ketiga-tiganya sebahagian daripada pasukan PSP yang hampir menang di GRC West Coast pada 2020.

Mereka akan disertai oleh dua muka baharu PSP iaitu Sani Ismail dan Sumarleki Amjah, untuk membentuk pasukan seramai lima orang.

Mereka dijangka bersaing dengan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee di GRC West Coast-Jurong West.

Pasukan PAP akan dianggotai oleh mantan Anggota Parlimen (AP) West Coast Ang Wei Neng dan Encik Shawn Huang, serta dua muka baharu iaitu - pakar bedah ortopedik Hamid Razak dan peguam Cassandra Lee.

Pilihan Raya Umum kali ini menandakan kembalinya Dr Tan, Encik Leong dan Cik Poa, yang merupakan sebahagian daripada pasukan PSP di GE2020 yang hampir menang di GRC West Coast dengan perbezaan markah beberapa peratus.

Pertandingan tersebut - yang paling sengit semasa Pilihan Raya Umum 2020 - menyaksikan PAP mengekalkan GRC West Coast dengan 51.69 peratus undi.

PSP memperoleh dua kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) disebabkan keputusan itu.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita