GE2025: AP Tanjong Pagar peringati ulang tahun ke-10 pemergian Lee Kuan Yew; sambut AP Rachel Ong
Sedang anggota Parlimen Tanjong Pagar berhimpun untuk memperingati ulang tahun pemergian Perdana Menteri Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, Cik Indranee Rajah mengenang satu pengajaran yang pernah mendiang sampaikan kepadanya.

(Dari kiri ke kanan) Anggota Parlimen Melvin Yong, Anggota Parlimen Joan Pereira, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah, Anggota Parlimen Rachel Ong dan Penasihat Kedua Akar Umbi Tanjong Pagar-Tiong Bahru Koo Tsai Kee meletakkan bunga di Pokok Peringatan Lee Kuan Yew pada 22 Mac 2025. (Gambar: CNA/Lim Li Ting)
Mendiang Lee pernah berkata kepada beliau bahawa mendekati masyarakat di lapangan adalah salah satu perkara paling penting yang boleh dilakukan seorang Anggota Parlimen (AP).
“Untuk berjumpa penduduk di rumah mereka, di kediaman mereka, memahami bagaimana mereka hidup, apa yang mereka makan, apa yang mereka lakukan, kerana inilah perkara-perkara yang memastikan kami sentiasa dekat dengan mereka,” kata Cik Indranee, yang merupakan penasihat akar umbi kawasan undi itu, selain menyandang jawatan sebagai menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Ini adalah salah satu daripada kisah mengenai legasi mendiang Encik Lee yang dikongsikan sempena pelancaran pameran 'Remembering Lee Kuan Yew – Reflecting and Renewing Exhibition' pada Sabtu (22 Mac), sehari sebelum ulang tahun ke-10 pemergian beliau.
Encik Lee pertama kali dipilih sebagai AP di Tanjong Pagar ketika ia masih lagi sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) pada 1955.
Beliau terus kekal sebagai AP di kawasan undi tersebut selama hampir 60 tahun.
Kini, Tanjong Pagar adalah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC), dengan lima anggota.
Menyusuli semakan sempadan kawasan undi, sebahagian daripada kawasan di bawah GRC West Coast akan dipindahkan ke GRC Tanjong Pagar.
Selain itu, SMC Queenstown yang baharu juga dibentuk daripada Tanjong Pagar bagi mengekalkan kuota lima anggotanya.
Kawasan-kawasan undi di bawah GRC West Coast yang akan diserap ke dalam Tanjong Pagar, sebahagian besarnya diwakili AP Rachel Ong.
Beliau diperkenalkan oleh Cik Indranee sebagai “tetamu istimewa” dalam acara pada Sabtu itu.

Semasa berucap di hadapan para penduduk dan orang ramai yang berkumpul di Pokok Peringatan Lee Kuan Yew di Duxton Plain Park, Encik Chan berkata bahawa Encik Lee adalah “yang paling pragmatik dalam kalangan kita” dan telah meninggalkan warisan meritokrasi, kepelbagaian kaum, dan kebebasan daripada rasuah.
“Penghormatan terbesar kita kepada Encik Lee adalah untuk memastikan Singapura terus berdaya maju. Apabila sesuatu tugas itu diselesaikan semasa kita masih ada, kita tidak berasa kagum.
"Namun apabila tugas itu tetap dapat diselesaikan meskipun kita sudah tiada, barulah kita patut berasa kagum,” kata Encik Chan.
LEGASI PERKHIDMATAN
Para tetamu berkumpul di Pokok Peringatan Lee Kuan Yew dan bertafakur selama seminit sebelum meletakkan bunga di sekeliling pokok tersebut.
Di Balai Rakyat Tanjong Pagar, lukisan sepanjang 67 meter yang dinamakan "Singapore on Canvas", hasil karya pelukis Ng Peng Sing didedahkan.
Lukisan itu memperlihatkan transformasi Singapura daripada sebuah perkampungan nelayan kepada bandar seperti yang kita lihat pada hari ini.
Pameran di sekitarnya turut mempamerkan koleksi potret dan artifak yang menggambarkan pandangan mendiang Encik Lee berhubung kepimpinan serta hubungan beliau dengan penduduk Tanjong Pagar dari generasi ke generasi.

Mereka pernah menetap di Tanjong Pagar selama lebih sedekad pada 1970-an.
Biarpun keluarga Encik Singh telah berpindah ke Changi, beliau tetap berkhidmat dalam pertubuhan akar umbi di Tanjong Pagar atas permintaan Encik Lee.
"Apabila beliau mendapat tahu saya akan berpindah, beliau agak kecewa dan berkata, 'Kamu mesti tetap datang ke sini dan berkhidmat.' Itulah sebabnya saya berada di sini hari ini," kata beliau.
Encik Singh menambah bahawa beliau sentiasa mengenang mendiang Lee yang sering bertanya khabar keluarganya dan mengingati dua orang anaknya setiap kali mereka bertemu di kelab masyarakat atau semasa lawatan rumah ke rumah.
Pesara Magaret Xavier, 65 tahun, yang tinggal di kawasan SMC Radin Mas yang berdekatan selama empat dekad, berkata acara tersebut mengembalikan kenangan zaman kanak-kanaknya bersama Encik Lee.
"Saya pernah melihat beliau semasa saya masih muda apabila saya mula terlibat dalam kegiatan akar umbi.
"Saya berpeluang bertemu beliau semasa kunjungan berjumpa penduduk, Sesi Bertemu Rakyat, jadi ia adalah satu penghormatan besar untuk saya berada di sini dan memperingati detik-detik bersamanya," kata Cik Xavier.
"Beliau telah banyak berjasa kepada Singapura, dan saya bangga menjadi rakyat Singapura," tambahnya.

"Dan kenapa? Ini kerana kepimpinan 4G yang kukuh, individu-individu seperti Menteri Chan dan Menteri Indranee, serta pasukan APnya.
"Namun secara kolektif, bersama-sama dengan Perdana Menteri kita Lawrence Wong dan seluruh Kabinet serta APnya, mereka membentuk satu pasukan yang kukuh," kata Encik Koo.
Beliau merujuk kepada pasukan kepimpinan generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP), atau pasukan 4G, yang diterajui Encik Wong.
"Pasukan 4G akan membolehkan kita maju ke generasi baharu, warisan baharu," kata Encik Koo.
"Kita mesti menyokong pasukan 4G ini kerana (Encik Lee) merestui mereka. Semasa beliau masih ada pada 2011, pilihan raya terakhir yang beliau sertai di sini, pasukan 4G sudah pun dibentuk, dan beliau mengenali mereka, dan beliau mempercayai mereka dan beliau memberitahu kita untuk menyokong mereka."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.