Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GE2025: AP GRC East Coast Cheryl Chan akan bersara dari politik

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: AP GRC East Coast Cheryl Chan akan bersara dari politik

AP PAP Cheryl Chan akan bersara dari politik selepas dua penggal. (Gambar fail: Facebook/Cheryl Chan)

Diterbitkan : 21 Apr 2025 10:53AM Dikemas Kini : 21 Apr 2025 11:11AM
SINGAPURA: Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) Cheryl Chan akan bersara dari politik selepas dua penggal.

Dalam catatan Facebook pada Isnin (21 Apr), AP GRC East Coast itu berkata keputusan itu adalah sukar dan "dibuat selepas pertimbangan teliti".

"Memang mencabar sejak ayah saya jatuh sakit pada tahun 2022. Selepas beliau meninggal dunia setahun lalu, saya memutuskan untuk meluangkan masa bersama keluarga saya," katanya.

Cik Chan adalah sebahagian daripada pasukan GRC East Coast seramai lima anggota bersama dengan Encik Heng Swee Keat, Dr Maliki Osman, Cik Jessica Tan dan Encik Tan Kiat How.

Beliau menceburi bidang politik dalam Pilihan Raya Umum 2015, di mana beliau bertanding di SMC Fengshan yang baharu diwujudkan pada ketika itu, dan mengalahkan calon Parti Pekerja Dennis Tan dengan 57.5 peratus undi.

Pada tahun 2020, kawasan Fengshan diserap ke dalam GRC East Coast. Pasukan PAP mengalahkan WP dengan 53.39 peratus undi.

"Saya amat berterima kasih kepada para penduduk Fengshan dan East Coast yang memberi saya peluang untuk berkhidmat.

"Keprihatinan dan perhatian anda, cadangan dan maklum balas anda menjadikan apa yang kita ada dalam masyarakat hari ini satu kenyataan," tulis Cik Chan.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan