GE2025: Antara punca pengunduran Dr Maliki; Encik Fahmi mungkin hanya berkhidmat 1 penggal: Dr Norshahril
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengunduran Dr Maliki Osman daripada medan politik tidak dianggap sebagai satu kejutan besar oleh pemerhati politik.
Ini kerana beberapa faktor termasuk tempoh khidmat yang panjang iaitu 24 tahun dalam dunia politik.
Sepanjang tempoh itu juga Dr Maliki sudah memegang beberapa jawatan kabinet dan menerajui beberapa projek masyarakat seperti Projek DIAN@M³ dan Jalur Budaya Geylang Serai.
Dr Maliki akan digantikan oleh muka baharu PAP, Hazlina Abdul Halim di GRC East Coast.

"Beliau terlibat dalam politik sejak tahun 2001. Ini sebenarnya sebelum Menteri Masagos Zulkifli yang kalau tidak silap saya hanya masuk politik tahun 2006 dari segi portfolio-portfolio pula, Dr Maliki seingat saya tidak pernah menjawat satu kementerian penuh. Beliau adalah menteri kedua bagi beberapa buah portfolio dan juga beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jadi mungkin dari segi perkiraan, jumlah bilangan tahun berkhidmat sebagai AP itu menjadi perkiraan parti untuk menggugurkan beliau," kata Zamil Kanan di ISEAS - Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat.
BAGAIMANA PULA NASIB ENCIK FAHMI ALIMAN?
Seorang lagi AP Melayu yang dijangka akan mengundurkan diri ialah Encik Fahmi Aliman setelah tidak diperkenalkan sebagai bakal calon bagi GRC Marine Parade - Braddell Heights.
Namanya juga tiada dalam senarai bakal calon bagi GE2025 di laman Jabatan Pilihan Raya setakat 21 April.

Jika ternyata demikian, Encik Fahmi bukan yang pertama AP satu penggal selama PAP berkuasa.
Dalam kalangan AP-AP Melayu, sekurang-kurangnya ada lapan orang yang mengalami nasib sedemikian atas alasan tertentu.
Antara mereka Encik Mahmood Awang (1968), Encik Rohan Khamis (1984), Encik Omar Hamid (1997), Encik Naser Kamaruddin (1991) dan Encik Ahmad Khalis Abdul Ghani (2006).
Dr Norshahril menjelaskan, "Ada tiga sebab kalau kita kaji sejarah AP Melayu yang berkhidmat hanya satu penggal. Keputusan parti dan parti yang menilai bahawa mungkin calon ini tidak sesuai. Alasan kedua kenapa seorang itu boleh berkhidmat hanya satu penggal adalah kerana mungkin alasan peribadi dan alasan ketiga dan mungkin ini tidak berlaku bagi Encik Fahmi. Kita pernah juga ada satu AP yang hanya berkhidmat satu penggal iaitu Encik Amrin Amin kerana beliau tewas dalam pilihan raya."
Sejauh ini empat daripada enam bakal calon Melayu/Islam baru PAP sudahpun diperuntukkan kawasan yang akan mereka tandingi.
Hanya menanti hari penamaan calon pada Rabu (23 Apr) untuk kepastian rasmi.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.