GE2025: Adakah persaingan di GRC West Coast akan sekali lagi sengit seperti 2020?
Ia merupakan persaingan yang paling sengit dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2020.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Samuel Woo)
SINGAPURA: Ia merupakan persaingan yang paling sengit dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2020. Undi dikira lewat malam sehingga awal pagi keesokan harinya, dan GRC West Coast akhirnya dimenangi Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan margin kemenangan yang sangat tipis.
Pasukan yang diketuai S Iswaran, Menteri Pengangkutan ketika itu, berjaya mengalahkan lawan mereka dari Parti Kemajuan Singapura (PSP) dengan 51.69 peratus undi, menjadikannya pertandingan yang paling sengit dalam pilihan raya itu.
Melangkah ke tahun ini, penduduk dan pemerhati politik sama-sama menantikan kemungkinan pertempuran dramatik dalam pilihan raya akan datang, yang perlu diadakan menjelang November 2025.
Dengan spekulasi mengenai calon-calon baharu, perubahan sempadan yang mungkin berlaku dan sentimen pengundi yang berterusan, kedua-dua PAP dan PSP berdepan persaingan genting untuk memastikan kemenangan di kawasan itu.
APA YANG DIMAHUKAN PENDUDUK WEST COAST
1. ISU KEBANGSAAN
Hampir kesemua 70 penduduk yang ditemu bual oleh Mediacorp berkongsi kebimbangan yang serupa dengan penduduk di GRC Sengkang dan GRC East Coast, iaitu kenaikan kos sara hidup, keselamatan pekerjaan dan kenaikan harga rumah.
Salah satu daripada mereka ialah Cik Claudia Lim, 38 tahun. Beliau adalah seorang ibu tunggal yang perlu menjaga seorang anak lelaki berusia 18 tahun dan menyokong ibu bapanya yang semakin tua.
Bapanya menghidap angin ahmar dan tidak dapat bekerja, manakala ibunya bekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B), walaupun pendapatannya tidak tinggi.
Cik Lim, seorang pengurus perkhidmatan pelanggan, berkata: "Harga makanan sudah meningkat dengan banyak. Dahulu saya boleh membeli nasi ayam pada harga S$3, tetapi kini ia mencecah S$5.50. Saya terkejut.
“Pada hari-hari tertentu apabila saya terlalu letih untuk memasak, saya membeli makanan untuk keluarga dan ia menjadi lebih mahal. Saya tidak mendapat baki yang banyak setelah membayar dengan wang S$50.”
Cik Lim berharap pemerintah akan memperkenalkan skim sokongan untuk ibu tunggal dalam kalangan generasi yang terhimpit seperti dirinya.
Beberapa penduduk turut menyuarakan kebimbangan mengenai pasaran pekerjaan, dengan mengatakan bahawa sukar bagi mereka atau orang yang tersayang untuk mendapatkan pekerjaan.
Ada yang merasakan persaingan pekerjaan semakin sengit dan majikan mungkin lebih mengutamakan calon yang bersedia menerima gaji lebih rendah.
Penduduk lebih berumur seperti Cik Raj, yang enggan memberikan nama penuh, juga semakin bimbang mengenai kos jagaan kesihatan dan keselamatan kewangan mereka semasa persaraan.
Perunding sumber manusia berusia 59 tahun itu berkata: "Kos jagaan kesihatan sangat tinggi, walaupun ada insurans, kerana premium terus meningkat seiring dengan usia kita. Secara keseluruhan, suami saya dan saya membelanjakan hampir S$20,000 setahun untuk hospital, pembedahan dan perlindungan bagi penyakit kritikal.
"Simpanan membantu, tetapi akan lebih baik jika kos dapat dikekalkan pada tahap yang rendah jadi kami masih mempunyai pendapatan yang boleh dibelanjakan."
Selain kebimbangan tersebut, penduduk yang lebih berumur juga kurang selasa dengan peralihan negara ke arah pendigitalan, kerana mereka sukar menyesuaikan diri dengan teknologi dan lebih suka berinteraksi secara bersemuka.
Seorang penduduk di Telok Blangah berkata, apabila dia cuba melaporkan perkara seperti jiran yang memberi makan kepada burung merpati atau permukaan pejalan kaki yang tidak rata di kawasan estetnya, dia diminta melakukannya menerusi aplikasi mudah alih OneService.
Namun, warga emas berusia 70 tahun itu mendapati dirinya sukar untuk menggunakan aplikasi tersebut. Dia lebih suka memberi maklum balas secara lisan, tambahnya.
Begitu juga, Encik Steven Lawrence, seorang penduduk berusia 47 tahun di kawasan Dover Road, berkata beliau tidak berkenan dengan balai polis kejiranan tanpa pengawasan yang bergantung kepada kiosk layan diri untuk bantuan 24 jam.
Beliau menegaskan bahawa penduduk yang lebih tua, terutamanya yang tinggal seorang diri atau kurang berpengalaman dengan teknologi digital seperti dirinya, mungkin tidak tahu bagaimana untuk menggunakan kiosk dalam melaporkan kes.
Perjalanan ke balai polis yang lebih jauh juga akan menyusahkan mereka yang memerlukan bantuan untuk perkara kecil seperti melaporkan kemalangan lalu lintas atau untuk mengemas kini alamat rumah pada kad pengenalan, katanya.

2. KEBERSIHAN ESTET
Perbualan dengan kebanyakan penduduk GRC West Coast mendapati bahawa mereka secara umumnya berpuas hati dengan penyenggaraan kawasan estet mereka.
Ini termasuk kerja-kerja naik taraf tandas mereka di bawah Program Peningkatan Rumah HDB, pembinaan lebih banyak laluan penghubung berbumbung di kawasan kejiranan, dan penggantian jubin kaki lima serta kolong blok perumahan awam di estet mereka.
Encik MJ Foo, seorang pesara berusia 76 tahun, berkata biarpun Encik Iswaran sudah tiada di GRC West Coast, tidak terdapat sebarang kelemahan yang ketara dalam pengurusan dan penyenggaraan di estet itu. Kawasan sekitar flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) miliknya di kawasan West Coast disenggara dengan baik, tambahnya.
“Menteri yang lain, Encik Desmond Lee, juga sangat membantu. Saya sudah beberapa kali bertemu dengannya dan dia sentiasa meminta kami mencadangkan sebarang penambahbaikan atau memberi maklum balas,” kata Encik Foo kepada Mediacorp.
Encik Lee dan ahli parlimen GRC West Coast lain mengambil giliran untuk mengadakan Sesi Bertemu Rakyat bagi bahagian West Coast, dan Encik Lee juga berkhidmat kepada kawasan itu dalam aspek-aspek lain.
Sekalipun demikian, masih ada beberapa keluhan, dengan sesetengah penduduk mengemukakan kebimbangan mengenai masalah serangga perosak seperti tikus, serta najis haiwan yang tidak dibersihkan oleh pemilik haiwan peliharaan yang tidak bertanggungjawab.
Pemandu kenderaan sewa privet Goh Kee Siang, 37 tahun, berkata terdapat terlalu banyak burung, termasuk gagak, di kawasan kejiranannya yang menjadikan sekitaran rumahnya terlalu bising. Encik Goh menetap di sekitar kawasan Nanyang, yang merangkumi sebahagian daripada daerah Jurong West.
Di Gek Poh, beberapa penduduk pemilik haiwan peliharaan membiarkan haiwan peliharaan mereka buang air kecil atau buang air besar di tempat awam, termasuk kolong blok dan dewan majlis masyarakat, tanpa membersihkannya.
Pekerja sambilan F&B, Masita Muzafar, 41 tahun, berkata bahawa ia tidak menyenangkan untuk melihat perkara tersebut, terutamanya kerana blok perumahan di mana beliau tinggal – Blok 741, Jurong West Street 73 – baru sahaja dicat semula.
Dia juga berkongsi mengenai penduduk yang tidak bertanggungjawab yang membuang sampah di sekitar kawasan pembuangan sampah dan tidak memasukkannya ke dalam saluran sampah. Cik Masita berkata dia cuba menasihati mereka untuk membuang sampah dengan betul, namun masalah itu berterusan.
"Saya terpaksa memaklumkan kepada majlis bandaran setiap kali perkara ini berlaku. Ia mengambil tindakan dengan cepat, tetapi saya rasa lebih banyak yang perlu dilakukan untuk mendidik semua orang tentang tanggungjawab."
Menjawab pertanyaan daripada Mediacorp, Encik Ang Wei Neng – yang merupakan naib pengerusi Majlis Perbandaran West Coast dan AP yang mengawasi kawasan Nanyang di GRC West Coast – berkata bahawa majlis bandaran sedar akan situasi yang melibatkan jumlah burung di estet tersebut.
“Kami mematuhi langkah-langkah inisiatif perintis yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan majlis bandaran untuk menguruskan isu terbabit,” tambahnya.
“Ini melibatkan usaha kerjasama untuk melaksanakan langkah-langkah berkesan seperti kawalan jumlah burung, pengurangan bunyi dan najis, pencegahan penyakit, serta mendidik penduduk mengenai pentingnya untuk tidak memberi burung makan.”
Encik Ang menambah bahawa majlis bandaran juga sedang meningkatkan usaha pembersihan untuk menangani masalah najis burung, dan memastikan bahawa estet tersebut tetap bersih dan selamat.
3. LEBIH BANYAK KHIDMAT BAS PADA WAKTU SIBUK
Secara keseluruhannya, kebanyakan penduduk di lima kawasan pilihan raya tersebut berkata mereka berpuas hati dengan pengangkutan awam di kawasan mereka, termasuk bilangan laluan bas yang melalui kejiranan itu serta kekerapan dan jarak masa antara bas-bas tersebut.
Penduduk menjangkakan akan ada peningkatan ketersambungan dalam beberapa tahun akan datang apabila rangkaian pengangkutan awam di kawasan mereka berkembang. Fasa pertama Laluan Daerah Jurong yang mempunyai 24 stesen – yang akan meliputi Boon Lay, Jurong East dan Chua Chu Kang – dijadual dibuka bermula 2027.
Sungguhpun demikian, sesetengah penduduk di kawasan Nanyang berharap untuk mendapatkan lebih banyak laluan bas dan bas yang lebih kerap pada waktu sibuk, seperti ketika pelajar memulakan dan mengakhiri sesi persekolahan mereka.
Memandangkan blok perumahan mereka berdekatan dengan sekolah-sekolah seperti Universiti Teknologi Nanyang (NTU), penduduk mengatakan bahawa agak sukar bagi mereka untuk menaiki bas 241 dan 179 yang sesak pada waktu sibuk.
Mereka terpaksa berebut dengan pelajar untuk berbuat demikian dan kadangkala terlepas bas.
Cik Jasmine Chan, seorang ibu rumah tangga berusia 50 tahun, berkata: “Setiap kali saya ingin menaiki bas 241 dan pelajar-pelajar (dari sekolah rendah dan menengah berdekatan) baru sahaja keluar dari sekolah … saya akan ambil bas 179 (dari perhentian bas yang lain) sebagai alternatif. Kemudian, pada pukul 5.00 petang dan ramai mahasiswa NTU sedang pulang, saya akan kembali menaiki 241.”
Encik Ang, AP kawasan itu, memberitahu Mediacorp bahawa pasukannya sentiasa memantau perkhidmatan bas dan memberi maklum balas kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) serta pengendali pengangkutan awam, agar mereka dapat membuat penyesuaian, jika perlu.

4. PRASARANA DAN KEMUDAHAN MESRA WARGA EMAS
Dengan penduduk berusia 60 tahun ke atas membentuk hampir suku (23.32 peratus) daripada penduduk di GRC West Coast, beberapa penduduk di kawasan-kawasan berbeza ingin melihat lebih banyak prasarana mesra warga emas dibina di kawasan kejiranan mereka.
Seorang penduduk yang tinggal di Pandan Gardens, yang memberikan namanya sebagai Puan Kris, berkata laluan pejalan kaki di kawasan kejiranannya "terlalu tinggi".
"Seorang jiran bahkan memberitahu saya dia pernah terjatuh dan berharap akan ada lebih banyak tanjakan. Ada, tetapi anda perlu berjalan lebih jauh untuk sampai ke sana," tambah pesara berusia 77 tahun itu.
Selain prasarana, beberapa penduduk ingin memupuk masyarakat yang lebih teguh bagi warga emas, terutamanya mereka yang tinggal bersendirian, dan berkata akan bagus jika ada lebih banyak aktiviti bersama yang disesuaikan dengan keperluan mereka.
Encik Max Teo, seorang penduduk yang menganggur dalam lingkungan 40-an, berkata terdapat ramai warga emas di kawasannya di sepanjang Boon Lay Place. Sesetengah daripada mereka tinggal bersendirian dan mempunyai pergerakan terbatas, menjadikannya hampir mustahil bagi mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang berlangsung.
"Bagus jika ada pelibatan tambahan untuk warga emas yang terpencil sedemikian dalam kawasan kejiranan."

ADAKAH KES ISWARAN AKAN PENGARUHI PENGUNDI?
Oktober lalu, mantan menteri pengangkutan Iswaran disabit kesalahan memperoleh barang berharga sebagai pegawai awam dan menghalang keadilan, berikutan siasatan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).
Sebelum beliau meletak jawatan, beliau bertanggungjawab ke atas kawasan West Coast dan berkhidmat sebagai AP bagi GRC tersebut selama lebih dua dekad, antara 1997 dengan 2024.
Beberapa penduduk memberitahu Mediacorp mereka mempunyai tanggapan positif terhadap Iswaran. Kebanyakan mereka tidak terganggu dengan keputusan kes mahkamahnya dan tidak melihatnya sebagai memberi kesan ketara terhadap kepercayaan mereka kepada PAP.
Cik Sun Jie, 35 tahun, pengasas syarikat pemula teknologi kesihatan, berkata beliau tidak merasakan ia menjejaskan imej parti, terutamanya kerana pemerintah cukup telus mengenai kes tersebut.
"Jujurnya, untuk jumlah wang yang terlibat, ini mungkin tidak akan menimbulkan sebarang tumpuan di negara lain. Namun, di Singapura, keadaan ini membawa kepada penangkapannya. Kes ini menunjukkan bahawa undang-undang berfungsi dengan baik di sini."
Terdapat segelintir penduduk yang menyuarakan kekecewaan mereka, memandangkan Iswaran lama berkhidmat di kawasan undi tersebut dan interaksi lalu mereka dengannya adalah positif.
Song Gek Huang, 73 tahun, seorang pesara yang tinggal di kawasan West Coast, berkata bahawa beliau menangis apabila mendengar berita Iswaran disabit kesalahan.
"Kami suka Iswaran. Dia sangat membantu selama bertahun-tahun dia berkhidmat sebagai AP. Saya sangat sedih (dia tidak lagi menjadi sebahagian daripada barisan GRC)."
Kemudian, beberapa penduduk lain di kawasan West Coast, termasuk Puan Song, yang mengatakan bahawa mereka juga menyukai Encik Lee, yang mengambil alih tugas Iswaran.
Selain menyelia kawasan West Coast, Encik Lee juga bertanggungjawab ke atas kawasan Boon Lay.

Dengan pilihan raya yang akan datang, beberapa penduduk berkata bahawa mereka ingin tahu siapa yang akhirnya akan menggantikan Iswaran dalam barisan seterusnya, walaupun ramai yang mengatakan bahawa ia tidak penting sama ada ahli pasukan baru itu akan menjadi seorang menteri.
Cai Zhihui, 32 tahun, seorang guru tuisyen, adalah salah seorang yang mengatakan bahawa calon yang kuat penting untuk mengekalkan tahap kepercayaan dalam kepimpinan.
"Namun, undi saya akan berdasarkan keseluruhan pasukan, bukan pada calon individu. Saya berasa yakin di bawah kepimpinan pemerintah kita."
Dr Teo Kay Key, seorang zamil penyelidik di IPS, berkata memang tidak mungkin GRC West Coast melihat seorang menteri kedua bertanding bagi PAP bersama Encik Lee.
Pasukan GRC PAP biasanya mempunyai seorang menteri, dengan beberapa pengecualian, kata Dr Teo. Tambahan pula, penambahan menteri berwibawa atau popular ada baik dan buruknya.
"Berbuat demikian boleh membantu meningkatkan undi untuk GRC yang sengit dipertandingkan, tetapi pada masa yang sama, terdapat juga peluang untuk kehilangan seluruh pasukan, terutamanya jika pengundi tidak menjangkakan penambahan tersebut pada saat akhir dan belum menjalin hubungan dengan calon itu, tanpa mengira populariti keseluruhan individu tersebut," katanya.
Walaupun pemergian Iswaran bermakna GRC West Coast kehilangan menteri utamanya, Dr Teo menyatakan bahawa jika baki pasukan kekal tidak berubah, Encik Lee mungkin boleh terus memenuhi peranan itu.
Dengan andaian bahawa West Coast kekal sebagai GRC lima anggota, beliau menambah bahawa penduduk sekurang-kurangnya boleh menjangkakan calon minoriti baharu ditambah, kerana kini tiada AP minoriti dalam pasukan selepas pemergian Iswaran.
Selain anggota baharu ini, Dr Tan Ern Ser dari IPS menjangkakan Encik Lee dan baki pasukan yang sedia ada akan kekal dalam GRC itu.
Ini menunjukkan bahawa, walaupun selepas pemergian Iswaran, pasukan tersebut terus memperoleh kepercayaan dan sokongan penduduk, bukannya "meninggalkan mereka", katanya.
Beberapa wajah baru sudah dilihat berjalan-jalan di kawasan GRC West Coast dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk ketua hal ehwal korporat Sembcorp Industries, Valerie Lee dan usahawan Chua Wei-Shan.
Walau bagaimanapun, memandangkan kedua-duanya bukan daripada etnik minoriti, kemungkinan pencalonan mereka akan memerlukan pengubahsuaian barisan GRC West Coast.
Satu lagi wajah baru yang hangat diperkatakan, yang dikatakan akan menyertai barisan PAP, ialah bekas ketua pegawai eksekutif SingPost Singapore, Shahrin Abdol Salam. Beliau meletak jawatan awal bulan ini untuk "memberi tumpuan kepada babak baharu" dalam kerjayanya.
Encik Shahrin aktif di GRC West Coast sejak 2011, menurut profil LinkedIn beliau. Beliau adalah wakil daerah dalam Biro Hal Ehwal Melayu PAP dan pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Kelab Masyarakat Ayer Rajah.
SEMPADAN BAHARU SATU KEMUNGKINAN
Perbincangan juga termasuk kemungkinan melukis semula sempadan kawasan undi untuk GRC, yang mungkin memisahkan kawasan sedia ada atau menggabungkan kawasan baharu, kata para penganalisis.
Proses ini, yang biasanya dilakukan sebelum setiap pilihan raya, boleh mengubah saiz dan komposisi demografi sesebuah kawasan undi.
GRC West Coast menjadi GRC lima anggota pada 2020, meningkat daripada empat pada 2015, apabila beberapa daerah mengundi yang sebelumnya di bawah GRC Chua Chu Kang dan SMC Hong Kah North menjadi sebahagian daripada GRC tersebut.
Dr Tan Ern Ser membangkitkan kemungkinan bahawa beberapa kawasan di Hong Kah North, yang telah melihat pertumbuhan penduduk disebabkan unit perumahan awam baharu di Tengah, mungkin dizonkan semula untuk menyertai GRC West Coast.
Ini akan selaras dengan mandat Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya, iaitu untuk mengambil kira perubahan penduduk dan pembangunan perumahan baharu semasa menentukan sempadan kawasan undi untuk digunakan dalam pilihan raya akan datang, katanya.
Hong Kah North, yang berjiran dengan GRC West Coast, kini merupakan satu-satunya SMC yang sudah melanggar had atas pengundi 38,000 untuk kawasan satu kerusi, dengan populasi pengundi sebanyak 38,929.
Profesor Madya Chong Ja Ian dari jabatan sains politik Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata bahawa sekiranya GRC West Coast mengalami perubahan sempadan, peluang PSP mungkin terjejas, dengan mengambil kira perubahan generasi yang akan tersenarai dalam senarai pengundi.
"Pengundi baharu akan kurang mengingati Dr Tan Cheng Bock, yang merupakan tiket penting PSP pada 2020. Sama ada Dr Tan masih mampu aktif dalam PSP adalah satu persoalan."

FAKTOR "TAN CHENG BOCK"
Beberapa penduduk yang bercakap dengan Mediacorp berkata mereka masih ingat tempoh Dr Tan sebagai AP di Ayer Rajah, SMC yang kemudiannya diserap ke dalam GRC West Coast.
Puan Kris, penduduk Pandan Gardens, mempunyai tanggapan yang sangat positif terhadap Dr Tan disebabkan keikhlasannya.
Beliau berkata bahawa ibunya, yang kini berusia hampir 100 tahun, pernah menjadi ahli aktif Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti India di bawah Kelab Masyarakat Ayer Rajah.
"Tanpa gagal, semasa beliau memegang jawatan, Dr Tan akan menyewa bas setiap Tahun Baharu Cina untuk membawa penduduk ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saya menghadiri dua atau tiga perhimpunan tersebut.
"Saya rasa ia sangat murah hati baginya untuk membuka rumahnya dan menyediakan makanan halal supaya semua orang boleh makan bersama."
Amin Suboh, 69 tahun, seorang tukang kebun yang sudah bersara, dan rakan-rakannya Omar Mohd Nor dan Ibrahim Dollah, kedua-duanya berusia 79 tahun, juga sudah bersara, mengingati nostalgia hari-hari ketika mereka biasa melihat Dr Tan duduk dan berbual dengan para pengundi di kedai kopi - satu keramahan yang jarang dilihat kini, kata mereka.
"Beliau melayan semua orang dengan baik. Bagi mereka yang melawat beliau di kliniknya di Jurong West dan tidak mampu membayar yuran, akan dirawat beliau secara percuma," tambah Encik Amin.
Sebelum memasuki politik pada tahun 1980, Dr Tan adalah seorang doktor keluarga yang mengendalikan kliniknya, Ama Keng, selama 41 tahun sebelum ia ditutup pada tahun 2012.
Jika Dr Tan tidak bertanding di West Coast, Profesor Madya Chong berkata banyak perkara mungkin bergantung kepada bagaimana pengundi melihat prestasi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan PSP, seandainya mereka terus bertanding di GRC West Coast.
Cik Poa, yang merupakan setiausaha agung PSP, dan Encik Leong Mun Wai, ditawarkan dan menerima kerusi sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan di Parlimen selepas PSP muncul sebagai "pihak kalah yang terbaik", atau parti yang kalah dalam kawasan undi dengan margin paling tipis dalam pilihan raya 2020.
Beberapa penduduk berkata bahawa mereka sudah bertemu dengan Cik Poa dan Encik Leong Mun Wai semasa lawatan dari rumah ke rumah baru-baru ini, tetapi mereka tidak melihat Dr Tan Cheng Bock dalam tempoh yang agak lama.
Dr Tan Ern Ser dari IPS berkata bahawa sukar untuk menilai sama ada individu yang berusia 80-an itu akan berada di kertas undi.
"Merahsiakan niat sehingga saat terakhir mungkin merupakan taktik pilihan raya yang baik," tambahnya.
Menjawab pertanyaan dari Mediacorp, PSP menyatakan bahawa barisan calon parti hanya akan disahkan pada Hari Penamaan Calon.
Beberapa penduduk seperti Cik Gwen, yang enggan memberikan nama penuhnya, percaya bahawa daya saing GE2025 akan banyak bergantung kepada barisan calon pembangkang yang bertanding dalam kawasan undi tersebut.
"Sebelum Dr Tan Cheng Bock kembali ke West Coast, pertandingan itu agak lemah," kata seorang karyawan dalam bidang komunikasi yang berusia 30 tahun itu. Beliau menambah bahawa pembangkang mungkin mempunyai peluang yang baik untuk bersaing sengit jika mereka meletakkan calon yang sama-sama berkebolehan.
"Saya rasa tanpa Dr Tan, PSP perlu bekerja lebih keras untuk mencapai hasil yang serupa dengan 2020. Saya rasa kuasa bintang dan hubungan beliau yang sebelumnya dengan penduduk West Coast sebagai bekas Anggota Parlimen kawasan itu benar-benar menyumbang kepada pertarungan yang kuat (pada 2020)."
KAWASAN BARAT TENTUKAN HALA TUJUNYA
Sesiapa sahaja yang akhirnya bertanding di kawasan undi mereka, penduduk GRC West Coast secara umumnya bersikap praktikal tentang apa yang mereka harapkan daripada AP yang bakal dipilih.
N Shajitha, 53 tahun, yang tinggal di kawasan Ayer Rajah-Gek Poh, berkata bahawa dia tidak akan berasa tidak gembira jika PSP berjaya merampas West Coast daripada parti pemerintah kerana dia percaya harus ada lebih banyak suara pembangkang di Parlimen supaya ada semak dan imbang.
Ivy Chng, 48 tahun, pengurus jualan, bersetuju mengenai perlunya lebih banyak suara pembangkang, tetapi dia percaya bahawa wakil PSP harus meningkatkan prestasi mereka semasa di Parlimen, mengemukakan dapatan mereka dengan lebih baik semasa perbahasan mereka.
"Ia adalah perkara 50-50 bagi saya jika PSP menang, tetapi sekurang-kurangnya ia adalah parti yang sanggup berucap di Parlimen untuk anda," kata penduduk kawasan Nanyang itu.
Secara berasingan, yang lain berkata bahawa mereka meletakkan kepentingan lebih besar pada keupayaan wakil terpilih untuk berkhidmat kepada rakyat dan menguruskan estet dengan berkesan, tidak kira partinya.
Dengan masalah serangga perosak yang kadangkala melanda estet di sekitar Blok 716 Clementi West Street 2, A Shaktivel, 29, seorang peguam, mengulas: "Saya tidak terlalu bimbang tentang siapa yang memenangi GRC, asalkan mereka boleh melakukan kerja dengan baik, terutamanya dari segi pengurusan estet."
Begitu juga, S Malarvili, 60 tahun, pembantu runcit, yang bimbang tentang perumahan dan kos sara hidup. Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua parti.
"Sesiapa sahaja yang masuk bertanding, saya harap mereka boleh menjaga rakyat, itu merupakan perkara paling penting. Ramai orang sedang menghadapi banyak masalah hari ini, jadi AP mesti menunaikan janji mereka dan membantu mereka yang memerlukan."

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.