Skip to main content

Singapura

GE2025: 3 muka baharu WP tampil di acara kemasyarakatan di Eunos

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Apr 2025 10:55PM Dikemas Kini : 13 Apr 2025 06:31AM
SINGAPURA: Tiga muka baharu Parti Pekerja (WP) tampil dalam satu acara kemasyarakatan di Eunos pada Sabtu (12 Apr).

Kenneth Tiong, pengarah syarikat pemula teknologi kelihatan beramah mesra dengan para penduduk, ditemani barisan pemimpin WP serta para AP GRC Aljunied dan SMC Hougang.

Jimmy Tan, seorang lagi calon muka baharu WP turut dilihat berinteraksi dengan para hadirin.

Tahun lalu, pengurus jualan peralatan industri itu pernah berkunjung ke Tampines bersama bekas ketua parti WP Low Thia Khiang.

Seorang lagi kemungkinan calon WP, Abdul Muhaimin juga hadir di acara tersebut, dalam tugasnya sebagai kakitangan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita