GE2025: 2,800 keluarga kawasan Marine Parade raih manfaat sokongan hingga S$1,600
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penjaga warga emas dan golongan kurang upaya di kelompok Marine Parade boleh menerima sehingga S$1,600 dalam bentuk bantuan tunai, baucar Grab dan pembayaran balik untuk penjagaan di rumah sebagai sebahagian daripada Dana Sokongan Penjaga yang baru dilancarkan.
Satu lagi inisiatif yang akan menghubungkan belia berusia 16 hingga 25 tahun dengan peluang latihan amali juga diumumkan pada festival SG60 untuk Kelompok Marine Parade pada Ahad (6 Apr) di Kelab Masyarakat Kampong Ubi.
Kelompok Marine Parade terdiri daripada kawasan berikut: Marine Parade, Kembangan Chai-Chee, Braddell Heights, Joo Chiat, Geylang Serai, MacPherson dan Mountbatten.
Dua inisiatif itu diumumkan oleh Anggota Parlimen Marine Parade, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong.
Turut hadir ialah Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, Speaker Parlimen Seah Kian Peng dan Anggota Parlimen dari kawasan undi berdekatan Cik Tin Pei Ling (SMC MacPherson) dan Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten).
Perdana Menteri Lawrence Wong turut hadir di acara tersebut, di mana beliau berucap entang hubungan rapatnya dengan Marine Parade, iaitu tempat beliau membesar.
PM Wong berkata beliau gembira melihat skim pemerintah dilengkapi dengan inisiatif tempatan, seperti yang dilancarkan pada Ahad (6 Apr).
MEMBANTU PENDUDUK MENUA
Di bawah Dana Bantuan Penjaga, keluarga yang layak boleh menerima bantuan wang tunai sehingga S$700, pembayaran balik maksimum S$600 untuk penjagaan di rumah, dan baucar Grab sebanyak S$300 untuk mengurangkan kos pengangkutan yang ditanggung untuk lawatan perubatan atau perjalanan.
Sehingga 2,800 keluarga dijangka mendapat manfaat daripada program tersebut, dan jumlah yang diagihkan kepada penerima akan bergantung kepada jumlah anggota keluarga, tahap pendapatan dan keperluan yang diperlukan.
Sebagai contoh, pemegang kad CHAS biru — mereka yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga setiap anggota sebanyak S$1,500 dan ke bawah – layak menerima jumlah maksimum bantuan tunai, bantuan pengangkutan dan bantuan penjagaan rehat, berjumlah S$1,600.
Pemegang kad CHAS oren, atau mereka yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga setiap anggota lebih daripada S$1,500 tetapi di bawah $2,300, layak menerima bantuan tunai sehingga S$500, baucar Grab sehingga S$200 dan pembayaran balik sehingga S$400 untuk bantuan penjagaan di rumah.
Para penerima yang layak haruslah warganegara Singapura yang menetap di Kelompok Marine Parade, yang memerlukan bantuan disebabkan kecacatan fizikal atau mental, penyakit kronik, keperluan khas atau penyakit mental.
Para penjaga juga perlu terdiri daripada keluarga terdekat penerima penjagaan.
MEMBANTU GOLONGAN MUDA
Bagi Program Imersif Industri untuk membantu belia dalam kerjaya mereka, program itu akan menyelaraskan penempatan kerja untuk tempoh dua minggu hingga tiga bulan.
Buat masa ini, terdapat 25 syarikat yang terlibat untukmenjadi rakan korporat untuk program tersebut, terdiri daripada pelbagai industri termasuk perbankan dan kewangan, sektor perkhidmatan sosial, teknologi dan perundingan.
Di antara syarikat-syarikat tersebut termasuk Huawei, Deloitte Singapore dan MindChamps.
Pasukan Marine Parade juga mengumumkan dua ruang berkumpul baharu untuk kawasan itu, termasuk ruang permainan bertema akuatik yang terletak berhampiran Pintu Keluar 1 MRT Marine Terrace MRT dan Blok 57.
Ruang kecergasan dan acara baru akan disediakan di Block 54 Marine Terrace.
Dr Tan juga memberikan kemas kini mengenai perkhidmatan bas ulang-alik percuma untuk GRC Marine Parade, yang beroperasi sejak 8 Julai 2024.
Beliau berkata bahawa projek perintis satu tahun itu melihat penggunaan tetap dari penduduk dalam perjalanan mereka ke poliklinik dan pasar basah, dan terdapat rancangan untuk meneruskan program tersebut.

Sumber : CNA/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.