Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GDP S'pura tumbuh 0.8 peratusan mata pada 2021

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2022 09:20PM Dikemas Kini : 17 Feb 2022 11:20PM

SINGAPURA: 6.6 peratusan mata pada 2020 dan 0.8 peratusan mata pada tahun lalu.

Itulah pertumbuhan GDP negara dalam tempoh dua tahun lalu dengan adanya langkah-langkah sokongan COVID-19.

Kementerian Kewangan (MOF) memberikan perangkaan itu dalam kertas kerjanya yang menilai kesan respons pandemik terhadap ekonomi dan sosial.

Kertas kerja MOF yang diterbitkan hari ini (17 Feb) mendapati tanpa sokongan dasar fiskal atau kewangan, kadar pengangguran rakyat dan Penduduk Tetap Singapura (PR) akan mencecah 6.1% pada 2020 dan 7.5% tahun lalu.

Ia adalah perbezaan 2 peratusan mata bagi tahun 2020 dan 4 peratusan mata bagi tahun 2021.

Kertas kerja itu juga menilai kesan program-program penting seperti Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).

Secara keseluruhannya, S$28 bilion diagihkan antara April 2020 hingga Disember 2021, sekali gus membantu menyelamatkan sekitar 165,000 pekerjaan antara Mac hingga Disember 2020.

Kertas kerja MOF berkenaan berdasarkan laporan awal yang diterbitkan pada Februari tahun lalu.

MOF menambah tempoh pemerhatian dan pengumpulan data terperinci yang lebih lama membolehkan analisis lebih mendalam dilakukan mengenai kesan sepenuhnya langkah-langkah ekonomi yang dilaksanakan.

Sebagai contoh, kertas itu mendapati berbanding dengan ekonomi-ekonomi maju lain, Singapura telah dapat mengurangkan kerugian potensi penghasilan, mengalami kenaikan terhad hutang korporat dan mengekalkan prospek pekerjaan bagi graduan baru.

Selain itu sekitar 8,000 kematian kerana COVID-19 dapat dielakkan antara Ogos hingga Disember tahun lalu hasil pelaksanaan langkah-langkah kesihatan awam dan program vaksinasi.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan