#GayaKebaya lestarikan busana warisan, ajak anda bergaya di Kampong Gelam
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah acara bakal dianjurkan BERITA Mediacorp dan One Kampong Gelam bagi meraikan busana warisan Kebaya yang digayakan kaum wanita Asia Tenggara.
Acara "Gaya Kebaya – Raikan Warisan Kita" bakal diadakan pada Sabtu (18 Nov) dengan pelbagai kegiatan menarik disusun khas bagi semua pengunjung.
Orang ramai berpeluang melihat kebaya-kebaya klasik dan yang baharu di pameran khas "Gaya Kebaya – 130 Tahun" oleh Kebaya Société.
Ia akan mempamerkan koleksi kebaya, ada yang berusia lebih daripada 100 tahun. Beberapa butik dari kawasan Kampong Gelam juga akan mempamerkan koleksi kebaya terbaik mereka.
Pameran ini akan dibuka dari jam 4 petang di 45/47 Sultan Gate.
Setelah itu, para undangan khas juga dapat mendalami lebih lanjut tentang kebaya menerusi tayangan perdana dokumentari khas "Kebaya - Gaya Nusantara" terbitan bahagian Ehwal Semasa Melayu Mediacorp.
Ia meneroka keindahan, asal usul dan evolusi kebaya di Asia Tenggara - khususnya dalam Dunia Melayu.
Dari jam 5.30 petang pula, orang ramai boleh nikmati keindahan busana kebaya menerusi peragaan fesyen kebaya oleh butik-butik kebaya Kampong Gelam dan Taman Warisan Melayu.

ANDA BOLEH MENANGI HADIAH #GAYAKEBAYA
Bagi merancakkan lagi usaha ini, orang ramai juga diajak untuk sertai satu cabaran foto.
Bagi wanita, mereka boleh ambil gambar dengan busana kebaya dan bagi kaum lelaki pula berbaju Melayu atau batik di salah satu daripada lima lokasi di sekitar kawasan Kampong Gelam ini.

Lokasi-lokasi tersebut ialah:
- Masjid Sultan
- TARIK, 92 Arab St
- 45 Sultan Gate
- Anatolia, 60 Arab St
- Utopia, 47 Haji Lane
Orang ramai boleh petik gambar dengan papan tanda GAYA KEBAYA yang tertera.
Kemudian, foto itu perlu dimuat naikkan ke laman Instagram dengan menggunakan hashtag #GAYAKEBAYA dan juga 'tag' @beritamediacorp.
Pertandingan ini akan berlangsung hingga Ahad (26 Nov).
Gambar-gambar terpilih boleh menangi pelbagai hadiah menarik seperti baucar F&B sekitar Kampong Gelam.
Lebih banyak maklumat boleh didapatkan di laman Instagram BERITA Mediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.