Garis panduan uruskan pelepasan karbon antara inisiatif terbaru dalam hala tuju kemampanan terkini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: alvinshtan/Instagram)
SINGPAURA: Garis panduan baharu untuk industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) Singapura untuk menguruskan pelepasan karbon.
Ia merupakan satu lagi langkah dalam pelan hala tuju kemampanan industri, justeru melengkapkan inisiatif pengurusan sisa sebelum ini.
Usaha ini bertujuan untuk meletakkan negara sebagai salah satu destinasi MICE yang paling mampan di Asia Pasifik.
Diumumkan di Forum MICE Singapura, garis panduan itu termasuk cadangan mengenai aktiviti yang mengurangkan jejak karbon.
Antaranya laporan pelepasan yang disediakan sebagai rujukan serta kursus-kursus berkaitan kemampanan untuk mereka yang ingin meningkatkan kemahiran atau mempelajari semula.
Selain daripada inisiatif hijau, terdapat juga pemacu digital.
Menteri Negara bagi Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan berkata: "Ia adalah norma baharu dalam "the Great Rest" , dengan adanya aplikasi teknologi yang mengganggu, data sains, analitik dan kecerdasan buatan (AI) yang boleh kita temui di mana-mana dalam kebanyakan acara sekarang dalam Industri MICE. Kini, titik sentuhan digital ini bukan sahaja menarik perhatian pengunjung seperti kami di sini, tetapi ia juga memberi anda data dan cerapan yang berharga tentang kelakuan serta minat para pengguna, serta membina pengalaman tersendiri bagi para pengguna."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.