Garis panduan sama tangani semua keadaan tidak praktikal di tempat kerja: MOM
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan mempunyai garis panduan yang sama untuk semua keadaan tidak praktikal dalam memastikan keselamatan di tempat kerja semasa cuaca ektrem.
Ia sebagai menjawab soalan-soalan parlimen tentang sama ada arahan berhenti kerja boleh dikeluarkan apabila, misalnya, berlaku angin kencang atau suhu amat tinggi.
Sebaliknya, MOM menjelaskan bahawa majikan harus membuat penilaian sendiri dan melaksanakan langkah-langkah berdasarkan keperluan perniagaan dan keselamatan masing-masing.
"Sangat sukar untuk menetapkan satu garis panduan bilakah anda perlu mengenakan arahan berhenti kerja kerana variasinya mungkin agak berlainan bagi tempat-tempat kerja yang berbeza," kata Menteri Negara Kanan Kementerian Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad.
"Dan di sinilah kita meletakkan bebannya ke atas majikan dan penghuni tapak kerja untuk memastikan bahawa semua garis panduan keselamatan di tempat kerja dipatuhi," tambahnya.
Encik Zaqy menekankan syarikat-syarikat tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan secara berkala.
Jika syarikat tidak mengambil langkah-langkah wajar untuk mengurangkan risiko-risiko kesihatan dan keselamatan, ia akan dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Encik Zaqy juga menarik perhatian bahawa alat-alat untuk berbuat demikian sudah sedia ada.
Ia termasuk senarai semak untuk menguruskan tekanan haba, nasihat bagi persiapan menghadapi cuaca buruk dan pemantauan suhu bagi kerja di tempat terbuka.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.