Garis panduan penggunaan skrin dilaksana di sekolah-sekolah SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Garis panduan bagi penggunaan skrin akan diperkenalkan di sekolah-sekolah, termasuk prasekolah.
Ini sebagai sebahagian daripada strategi baharu negara yang dilancarkan pada Selasa (21 Jan) untuk menangani kesihatan kanak-kanak.
Strategi penggalakan kesihatan negara - Sihat Membesar SG - mahu mempertingkat jagaan pencegahan dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda, menurut satu kenyataan bersama oleh Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Selasa.
Semasa taklimat media pada Isnin (20 Jan), MOH menyatakan kajian kohort tempatan membawa kepada lebih banyak kajian ke atas kelakuan kesihatan kanak-kanak dan kesannya dalam jangka pendek serta jangka panjang.
Ini termasuk kajian mengenai bagaimana sistem saraf tunjang dan perkembangan otak dikaitkan dengan penggunaan skrin serta bagaimana kurangnya kegiatan fizikal menyebabkan indeks jisim badan (BMI) yang kurang baik atau masalah kegemukan.
"Kita sudah berada di tahap genting. Kami sudah menerima bukti mencukupi yang membuatkan kami mahu melakukan sesuatu dan bukan setakat menunggu lebih banyak bukti," menurut MOH.
Sebagai permulaan, strategi baharu itu akan menumpukan kepada kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun tetapi akan dilanjutkan kepada kanak-kanak lebih tua kelak.
TANGANI PENGGUNAAN SKRIN BERLEBIHAN
Sebagai sebahagian daripada strategi itu, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) akan mengemas kini kod amalannya bagi prasekolah, berkuat kuasa 1 Februari, untuk mewajibkan peraturan bahawa bayi berusia sehingga 18 bulan tidak dibenarkan menggunakan skrin.
Ini menyusuli kajian yang menunjukkan kaitan rapat antara penggunaan skrin dengan perkembangan kognitif dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil. Ia menunjukkan, penggunaan tidak wajar dan berlebihan membawa kepada kelemahan dalam kemahiran bahasa dan tumpuan yang kurang tajam.
Di bawah kod amalan yang disemak itu, skrin hanya boleh digunakan bagi tujuan mengajar dan pembelajaran bagi kanak-kanak berusia 18 bulan hingga enam tahun.
Semasa taklimat media, MSF menjelaskan bahawa kebanyakan prasekolah sekarang tidak menggunakan skrin bagi bayi dalam jagaan mereka.
"Syarat-syarat baharu penggunaan skrin ini sebenarnya mencerminkan amalan-amalan sedia ada di prasekolah-prasekolah hari ini, namun dengan adanya peraturan penggunaan skrin dalam kod amalan menjadikannya peraturan rasmi. Ia juga memberi panduan jelas kepada prasekolah tentang apa yang tidak harus ditayangkan kepada kanak-kanak sebagai mengisi masa mereka," menurut MSF.
Menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada para wartawan mengenai apa yang akan berlaku sekiranya prasekolah tidak mematuhi kod amalan tersebut, MSF menyatakan pihaknya akan menyediakan garis panduan dan sokongan kepada prasekolah-prasekolah dalam masa enam bulan pertama pelaksanaannya, sambil menambah pihaknya tidak akan mengambil pendekatan menghukum dalam tempoh tersebut.
"Selepas itu, bagi prasekolah-prasekolah yang tidak mematuhi peraturan...ECDA akan mengarahkan mereka supaya menghentikan amalan itu dan juga mengambil tindakan pengawal seliaan lanjut jika kesejahteraan kanak-kanak itu terjejas," menurut MSF, sambil menambah tindakan sedemikian boleh termasuk memberi amaran.
MOH juga mengemas kini panduannya mengenai penggunaan skrin bagi kanak-kanak. Ini termasuk menghadkan penggunaan skrin kepada kurang sejam sehari di luar sekolah bagi mereka yang berusia antara tiga hingga enam tahun.
Bagi yang berusia antara tujuh dengan 12 tahun, MOH menyarankan kurang dua jam sehari kecuali ia berkaitan kerja-kerja sekolah.
MOH juga tidak menggalak ibu bapa memberikan akses penggunaan tanpa had peranti mudah alih kepada kanak-kanak, atau sebarang akses kepada khidmat media sosial.
Apabila ditanya sama ada garis panduan lebih ketat boleh membuat ibu bapa - yang membiarkan anak-anak mereka menggunakan skrin dalam tempoh yang melebihi masa yang disarakan - berasa bersalah, MOE menyatakan: "Memberi panduan lebih jelas berguna kerana...ia bukan sekadar pilihan yang anda buat, tetapi ia adalah bahaya yang anda datangkan ke atas anak-anak pada masa akan datang."
"Apabila mereka datang kepada kami di sekolah-sekolah, kami sudah boleh melihatnya...bahaya yang sudahpun berlaku jadi ia (peraturan itu) adalah untuk melengkapi sumber-sumber meluas."
MOE juga memberi lebih banyak butiran mengenai garis panduan untuk menguruskan penggunaan telefon bijak dan jam bijak dalam kalangan para pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Misalnya, sekolah-sekolah boleh mengadakan ruang penyimpanan khas untuk para pelajar meletakkan telefon mereka sebelum pembelajaran bermula, sementara penggunaan peranti mudah alih boleh dihadkan di kawasan-kawasan tertentu dan pada waktu tertentu seperti waktu rehat atau selepas sekolah.
1,000 HARI PERTAMA
Semasa sidang media di Sekolah Rendah Temasek pada Selasa, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menarik perhatian kepada bukti "sangat baik" di peringkat antarabangsa dan juga tempatan, yang menunjukkan bahawa memupuk tabiat gaya hidup sihat dalam 1,000 hari pertama kehidupan kanak-kanak - sekitar dua tahun dan sembilan bulan - boleh membawa kesan ketara ke atas mereka.
Beliau menjelaskan bahawa strategi itu sedang diperkenalkan sekarang kerana skrin, media sosial dan telefon bijak kian memainkan peranan penting dalam membentuk gaya hidup dan kesihatan kanak-kanak.
"Bagi kebanyakan kita semasa kita membesar, kita tidak mengalaminya. Jadi memandangkan semua perubahan ini, saya rasa kita harus melakukan sesuatu secepat mungkin," ujar beliau.
"Kita mesti memahami apakah kesannya ke atas kesihatan, ke atas pendidikan, ke atas cara kita bekerja dan kemudian menanganinya secepat mungkin. Saya rasa itu harus menjadi pendekatan kita dalam menangani sebahagian daripada perubahan ini."
WUJUDKAN TABIAT GAYA HIDUP SIHAT
Memetik kajian tempatan yang menarik perhatian kepada manfaat jangka panjang tabiat gaya hidup sihat yang dipupuk dari usia kecil, Sihat Membesar SG juga menyasarkan kurangnya khasiat, tidur tidak mencukupi dan kurangnya kegiatan fizikal menerusi intervensi bertumpu.
MOH akan memperkenalkan pelan kesihatan yang disesuaikan mengikut keperluan individu bagi para murid SDarjah 1 hingga 3 semasa pemeriksaan kesihatan tahunan mereka tahun ini.
Pelan-pelan ini merangkumi saranan-saranan perubahan gaya hidup, keputusan pemeriksaan kesihatan di sekolah, laporan vaksinasi dan rujukan ke institusi-institusi jagaan kesihatan awam apabila perlu.
Para ibu bapa boleh mengakses pelan kesihatan anak mereka menerusi HealthHub dan, kemudian dalam tahun ini, membuka laman profil bagi setiap anak di aplikasi Healthy 365 untuk menerima saranan-saranan yang disesuaikan mengenai cara mewujudkan tabiat yang sihat.
MOH menyatakan pihaknya sedang mengkaji pelaksanaan berperingkat pelan kesihatan itu untuk turut melibatkan kanak-kanak dalam kumpulan usia lain dan akan memberi lebih banyak butiran kelak.
MOH akan melaksanakan senarai semak atau 'checklist' dengan soalan-soalan mengenai kelakuan kesihatan kanak-kanak, yang akan diterapkan ke dalam pemeriksaan pembangunan kanak-kanak.
Menurut kenyataan media, ini akan membantu meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kelakuan kesihatan yang harus diamalkan oleh kanak-kanak sejak awal usia lagi.
Senarai semak itu juga menyediakan soalan-soalan asas biasa dan sistematik untuk penyediakan jagaan kesihatan semak secara konsistenm dan memberikan panduan bagi kesihatan lebih baik. Lebih banyak butiran akan dikeluarkan dalam beberapa bulan mendatang.
LEBIH BANYAK SOKONGAN BAGI SEKOLAH
Lembaga penggalakan Kesihatan (HPB) akan menyediakan semua sekolah rendah dengan data mengenai kesihatan dan gaya hidup para pelajar mereka mulai suku ketiga tahun ini. Ini akan membantu sekolah-sekolah menyediakan intervensi "bersasar" bagi para pelajar yang mempunyai lebih banyak keperluan kesihatan dan mendidik mereka mengenai kelakuan kesihatan yang wajar.
Untuk menggalak pemakanan lebih sihat di sekolah-sekolah, HPB menyatakan pihaknya juga akan mempertingkat usaha membantu pegerai kantin membeli bahan-bahan lebih sihat dan pada kos yang lebih rendah daripada pengilang yang menyertai skim Pembangunan Bahan-Bahan Lebih Sihat.
MOH dan MOE menyatakan pihaknya juga sedang meneroka kerjasama dengan kelompok jagaan kesihatan, seperti bekerjasama dengan pegerai kantin untuk menyediakan pilihan makanan lebih sihat yang lebih menyelerakan dan meluaskan resepi makanan lebih sihat.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.