Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis panduan pemakanan baharu diperkenal di semua pusat penuaan aktif jelang 2027

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semua pusat penuaan aktif akan mendapat garis panduan baharu tentang bagaimana ia boleh membantu warga emas belajar mengenai pemakanan sihat, menjelang hujung 2027.

Untuk berbuat demikian, Hospital Besar Singapura (SGH) mengadakan wawancara dan perbincangan kumpulan fokus untuk mengenal pasti apakah jurang pengetahuan yang ada pada warga emas.

Program itu bertujuan membantu warga tua menguruskan keadaan perubatan mereka supaya mereka akhirnya dapat menambah baik tahap kesihatan masing-masing.

Sejauh ini, SGH sudahpun mendampingi relawan warga emas di pusat penuaan aktif Marine Terrace.

Ia juga sudah menjalankan kajian berhubung pengetahuan pemakanan sihat warga emas di Bukit Purmei dan akan menganjurkan bengkel untuk mereka.

SGH akan terus mengadakan wawancara mengenai pemakanan di pusat-pusat penuaan aktif lain menjelang hujung 2025.

Dengan hasil dapatan itu, SGH akan membangunkan garis panduan bagi menggalak pemakanan sihat bagi semua pusat penuaan aktif di serata negara.

Ia sebahagian daripada inisiatif masyarakatnya yang lebih luas untuk memperkukuhkan kesihatan pencegahan bagi warga emas, selain membantu mereka meniti usia senja dengan tenang.

SGH juga akan menjalankan satu kajian dasar mengenai keperluan fizikal dan sosial warga emas.

Ini agar pihaknya maklum akan perubahan yang perlu dilalui golongan itu untuk menjalani kehidupan dalam persekitaran binaan, teknologi dan memastikan mereka terus berinteraksi dengan masyarakat.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan