Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis panduan PDPC bagi NRIC akan dikemas kini 'selaras dengan tujuan dasar baharu'

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Dec 2024 08:55AM Dikemas Kini : 15 Dec 2024 08:49PM
SINGAPURA: Garis panduan nasihat Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) bagi nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Nasional (NRIC) akan dikemas kini untuk selaras dengan keperluan dasar baharu.

Pemerintah pada Sabtu (14 Dis) menyatakan bahawa ia akan mengubah amalan menutup nombor NRIC, selepas timbul kebimbangan keselamatan berkaitan portal Bizfile yang menunjukkan butiran individu secara percuma melalui enjin cariannya.
PDPC menerima soalan dan maklum balas daripada orang awam susulan kenyataan oleh Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) mengenai penggunaan wajar dan penyalahgunaan nombor NRIC, menurut suruhanjaya itu pada Sabtu petang dalam jawapan kepada pertanyaan Mediacorp.

PDPC menyatakan bahawa ia mengiktiraf garis panduan nasihatnya berkaitan NRIC dan nombor pengenalan negara perlu dikemas kini supaya selaras dengan kenyataan MDDI.

Sekalipun demikian, PDPC "tidak akan membuat sebarang perubahan sehingga kami menyelesaikan rundingan kami dengan industri dan orang ramai".

Kenyataan MDDI secara khusus menasihatkan supaya tidak menggunakan nombor Kad Pengenalan oleh individu sebagai kata laluan dan penggunaan nombor Kad Pengenalan oleh pertubuhan untuk mengesahkan identiti individu atau menetapkan kata laluan, jelas PDPC.

Suruhanjaya itu menarik perhatian bahawa ia sudah mengambil tindakan sebelum ini terhadap pertubuhan yang menggunakan nombor NRIC untuk pengesahan dan "melanggar kewajipan perlindungan data mereka".

Suruhanjaya itu juga menasihatkan pertubuhan untuk tidak menggunakan nombor NRIC sebagai kata laluan bagi perkhidmatan yang diberikan kepada individu.

"Pertubuhan yang mempunyai amalan sedemikian perlu menghentikannya secepat mungkin," tambahnya.

Mengenai penggunaan nombor NRIC oleh individu sebagai kata laluan, suruhanjaya itu menyatakan ia tidak sepatutnya digunakan sebagai kata laluan, sama seperti "nama kita tidak digunakan sebagai kata laluan", sambil menambah bahawa mereka yang berbuat demikian perlu menukar kata laluan mereka dengnan segera.

PDPC menyatakan bahawa nombor NRIC masih tertakluk kepada kewajipan perlindungan data dalam Akta Perlindungan Data Peribadi, dan pertubuhan yang mengumpul data tersebut perlu mendapatkan kebenaran yang sah serta mematuhi penggunaan yang munasabah dan memastikan ia dilindungi.

Pada 2025, MDDI dan PDPC akan menjalankan pendidikan awam mengenai tujuan nombor Kad Pengenalan dan "bagaimana ia perlu digunakan secara bebas sebagai alat peribadi untuk mengenal pasti identiti mereka".

Kedua-dua agensi juga bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang cara mereka boleh melindungi diri mereka melalui cara pengesahan dan kata laluan yang betul.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan