Garis panduan klausa tidak bersaing dimuktamadkan; dijangka siap separuh kedua 2024: Tan See Leng
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Roslan Rahman/AFP
SINGAPURA: Garis panduan mengenai penggunaan penetapan pekerjaan yang menyekat pekerja daripada bekerja untuk syarikat pesaing sedang dimuktamadkan dan dijangka diumumkan pada separuh kedua 2024, kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Selasa (6 Feb).
Dikenali juga sebagai klausa sekatan perdagangan, peraturan tidak bersaing itu telah menimbulkan keresahan baru-baru ini melibatkan contoh berprofil tinggi dari dua syarikat teknologi ternama.
Bekas pekerja Lazada yang ditemu bual Mediacorp selepas syarikat itu melakukan pemberhentian pekerja pada awal Januari lalu menyoal klausa tidak bersaing selama 12 bulan yang meliputi senarai syarikat teknologi, runcit dan logistik yang panjang.
Pada minggu lalu, mahkamah menolak permohonan Shopee supaya dikenakan sekatan terhadap seorang bekas kakitangan yang meletak jawatan lalu menyertai ByteDance.
Ketika pekerja itu menyertai Shopee, beliau telah menandatangani Perjanjian Terhad yang mengandungi klausa bukan persaingan serta Perjanjian Rahsia Pekerja.
"Kami faham bahawa klausa perdagangan yang terlalu menyekat boleh menyukarkan pekerja yang diberhentikan kerja dan menyulitkan usaha mereka mendapatkan kerja," kata Dr Tan yang menjawab beberapa soalan di parlimen mengenai pemberhentian pekerja baru-baru ini oleh Lazada.
Menurut Dr Tan, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan rakan kongsi tiga pihak sedang melakarkan garis panduan yang akan membimbing majikan dan membentuk norma, serupa dengan bagaimana set garis panduan lain digunakan pada masa ini.
Mahkamah sivil mempunyai "prinsip yang jelas" mengenai bila klausa tersebut boleh diterima dan digunakan di mahkamah, atau bilakah ia tidak munasabah dan tidak wajar, kata Dr Tan.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.