Garis panduan keselamatan & kesihatan di tempat kerja dikemas kini, beri tumpuan kepada kesejahteraan mental
SINGAPURA: Garis panduan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja baru bagi sektor jagaan kesihatan,
memberi tumpuan lebih kukuh terhadap kesejahteraan mental pekerja.
Ia susuli meningkatnya kecederaan di tempat kerja yang dilaporkan.
Garis panduan baru itu memberi tumpuan pada faktor risiko psiko-sosial, seperti beban kerja dan kerja syif yang panjang.
Ia juga menekankan perlunya akses kepada kaunseling atau sokongan emosi bagi kejadian berkaitan kerja.
Kemas kini itu sejajar dengan landskap khidmat penjagaan kesihatan yang telah berubah sejak pandemik COVID-19.
Ia terutamanya disebabkan meningkatnya kesedaran terhadap kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan di tempat kerja.
Selain itu, terdapat piawaian dan amalan yang dikemas kini untuk menangani bahaya, serta program untuk memantau pekerja yang terdedah kepada bahan berbahaya dan penyakit berjangkit.
Sepanjang dua tahun lalu, kecederaan teruk dalam sektor itu meningkat daripada 11 kepada 15, dan kecederaan ringan meningkat sebanyak 21 peratus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.