Garis Panduan Gaji Umum Asatizah antara inisiatif baru MUIS
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan bekerjasama dengan institusi-institusi madrasah dan masjid bagi melaksanakan Garis Panduan Gaji Umum Asatizah (CSG).
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, mengumumkan demikian semasa Seminar Pelan Kerja MUIS pada pagi Sabtu (28 Mei).
Menurut Encik Masagos, penyelarasan gaji itu akan berlandaskan sistem berdasarkan prestasi asatizah di tempat kerja mereka.
Encik Masagos berkata: “Kita mahu sektor keagamaan kita kekal menarik, berdaya saing dan mampu menjamin masa depan yang lebih cerah untuk barisan asatizah kita.”
Menurut beliau, Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) akan menjadi sumber penting bagi membiayai inisiatif CSG dan usaha seumpamanya.
Selain memperkukuhkan ekosistem asatizah dan memanfaatkan aset masyarakat demi pembangunan sosio-agama, Encik Masagos juga menekankan betapa pentingnya untuk membentuk kehidupan beragama dengan nilai-nilai Identiti Muslim Singapura (SMI) supaya menjadi lebih progresif, inklusif dan bersesuaian dengan konteks kehidupan di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.