Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis panduan dibangunkan bagi tangani isu gangguan bunyi bising antara jiran

Anggaran Waktu Membaca:
Garis panduan dibangunkan bagi tangani isu gangguan bunyi bising antara jiran

Flat-flat HDB di Singapura. (Gambar: Calvin Oh/CNA)

SINGAPURA: Satu set garis panduan akan disiapkan bagi menangani isu gangguan bunyi yang dibuat penduduk.

Sebuah panel telah ditubuhkan bagi meneliti perkara itu dengan memberi tumpuan pada bunyi bising dari jiran tetangga dan perhimpunan sosial di kawasan bersama.

Garis panduan itu akan digunakan sebagai penanda aras untuk nasihat-nasihat awam bagi memudahkan proses menghuraikan sengketa menerusi pengantara dan membuat keputusan antara jiran tetangga.

Garis panduan itu akan menjelaskan apa yang dianggap sebagai gangguan yang wajar atau sebaliknya dan juga memberi nasihat tentang cara-cara mengurangkan bunyi bising.

Panel Penasihat Masyarakat yang ditubuhkan Pejabat Perkhidmatan Perbandaran serta Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan mendapatkan pandangan orang ramai mulai Jun nanti.

Pandangan yang dikumpulkan kelak bakal digunakan dalam membuat saranan-saranannya.

Sumber : Agensi berita/RU/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan