Garis panduan baru penggunaan antibiotik ditetapkan untuk haiwan peliharaan
Garis panduan baru ditetapkan berhubung penggunaan ubat antibiotik untuk haiwan peliharaan setelah semakin banyak haiwan lali terhadap ubat itu.
(Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Garis panduan baru ditetapkan berhubung penggunaan ubat antibiotik untuk haiwan peliharaan setelah semakin banyak haiwan lali terhadap ubat itu.
Langkah oleh Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) dan Persatuan Veterinar Singapura itu akan membantu doktor-doktor haiwan dalam pemberian ubat antibiotik bagi pelbagai spesis haiwan - mengenai ubat apa yang harus diberikan dan berapa jumlahnya - bergantung kepada sejauh mana serius jangkitannya.
Doktor-doktor haiwan juga dimaklumkan tentang apakah ubat-ubatan yang harus dielakkan bagi mencegah peningkatan dalam daya ketahanan.
Garis panduan itu disesuaikan mengikut konteks Singapura dengan kajian tentang jangkitan bakteria dan sejauh mana ia berdaya tahan dalam negara.
"Jangkitan tahan antibiotik dalam haiwan membuatkan jangkitan yang mudah dirawat bertambah sukar untuk diubati.
"Jadi ini bermakna anda akan memperolehi lebih banyak ubat antibiotik pilihan terakhir yang lebih kuat, lebih mahal.
"Ia mungkin meningkatkan kos kemasukan ke hospital apabila anda sedang merawat haiwan itu dan kemungkinan mengurangkan jangka hayat haiwan itu jika ia tidak dapat mengatasi jangkitan itu," kata Pengarah Pengurusan Kesihatan Haiwan, AVS, Dr Kelvin Lim.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.