Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis panduan baru bagi tingkatkan keselamatan sektor pencetakan 3D

Satu rangka kerja keselamatan baru bagi pencetakan 3D untuk syarikat-syarikat dilancarkan pada Rabu (31 Mac) bagi mempertingkatkan keselamatan dalam sektor itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Mar 2021 02:55PM Dikemas Kini : 31 Mar 2021 09:43PM

SINGAPURA: Satu rangka kerja keselamatan baru bagi pencetakan 3D untuk syarikat-syarikat dilancarkan pada Rabu (31 Mac) bagi mempertingkatkan keselamatan dalam sektor itu.

Rujukan Teknikal 87 (TR 87) mengenai Keselamatan bagi Kemudahan Pengilangan Aditif diumumkan oleh Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng semasa lawatannya ke syarikat pengilangan Sodick Singapore Technology Centre.

TR 87 bertujuan menyediakan amalan-amalan terbaik bagi industri pencetakan 3D, khususnya bagi syarikat-syarikat baru, mengenai persiapan, operasi dan penyenggaraan kemudahan pengilangan aditif yang selamat, menurut Enterprise Singapore dan Majlis Piawaian Singapura dalam satu kenyataan media.

TR 87 dilakarkan sekitar lima tahun lalu, menurut Dr Tan kepada para wartawan semasa lawatannya.

Pemerintah merancang menggesa pengamalan garis panduan itu di seluruh industri dengan harapan ia akhirnya boleh menjadi kod amalan yang boleh dikongsi di tahap antarabangsa, tambahnya.

Rangka kerja itu meliputi penyimpanan bahan mudah terbakar, reaktif atau bahan pengilangan aditif berbahaya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan