Garis panduan baru bagi industri kitar semula dikeluarkan bulan depan
Syarikat-syarikat kitar semula sampah akan menerima lebih banyak bantuan bagi memastikan keselamatan di tempat kerja dengan garis panduan baru dijadual dikeluarkan pada bulan depan.

Sebuah tong biru kitar semula yang diletakkan di estet perumahan HDB. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud)
SINGAPURA: Syarikat-syarikat kitar semula sampah akan menerima lebih banyak bantuan bagi memastikan keselamatan di tempat kerja dengan garis panduan baru dijadual dikeluarkan pada bulan depan.
Ia dilakukan sedang hampir 140 pelanggaran peraturan keselamatan yang boleh menyebabkan kebakaran atau letupan dikesan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan pada bulan lalu.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan pemeriksaan dijalankan ke atas lebih 30 syarikat.
Antara kelemahan-kelemahan yang dikesan adalah perbuatan seperti tidak menguruskan bekas-bekas yang mengandungi sisa mudah terbakar atau gas toksik dengan baik, barang-barang yang disusun dengan cara yang berbahaya serta pemasangan wayar elektrik yang tidak selamat.
MOM menggesa para majikan supaya melakukan penilaian risiko dan mematuhi prosedur-prosedur keselamatan sedang mereka memperhebat kegiatan kerja bagi menepati jadual.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.