Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis panduan baharu tingkat keselamatan, kesihatan pekerja platform mulai 1 Jan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Dec 2024 07:55PM Dikemas Kini : 27 Dec 2024 09:11PM
SINGAPURA: Mulai Januari depan, para pengendali platform dan kakitangan mereka akan mempunyai garis panduan baharu yang bertujuan memberi perlindungan lebih baik dari segi kesihatan dan keselamatan mereka.

Kod itu memberi panduan jelas bahawa para pengendali perlu memastikan bahawa semua pekerja mereka selamat ketika menjalankan tugas, dan bahawa para pekerja juga perlu mematuhi arahan sedemikian.

Contohnya, para pengendali wajib menyediakan latihan keselamatan jalan raya dan tidak mengenakan denda jika berlaku kelengahan pada proses penghantaran.

Ini agar para pekerja boleh menjaga diri dengan lebih baik akibat kelelahan yang dialami ekoran waktu bertugas yang panjang.

Para pekerja juga bertanggungjawab untuk menggunakan peralatan yang betul dan mematuhi arahan keselamatan dalam keadaan cuaca buruk atau apabila mengendalikan barang berat.

Kod amalan itu dilakar hasil saranan daripada 18 pemain industri.

Platform-platform seperti Grab, Deliveroo dan Foodpanda sudahpun melaksanakan langkah-langkah yang sejajar dengan garis panduan tersebut.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan