Garis panduan baharu sokong mangsa bahaya online dilancar sempena SG Her Empowerment 2025
Kaum wanita membentuk 90 peratus daripada mangsa bahaya online di Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kaum wanita membentuk 90 peratus daripada mangsa bahaya online di Singapura.
Hampir separuh daripada para mangsa berusia bawah 35 tahun.
Itulah dapatan oleh SHECARES@SCWO, sebuah pusat sokongan bagi membantu mangsa bahaya online.
Satu garis panduan baharu dilancarkan bagi menyokong para mangsa.
Ia termasuk nasihat guaman dan ringkasan kes utama bagi mengingatkan mangsa bahawa mereka tidak sendirian dalam menempuhi pengalaman yang dilalui.
Simposium tahunan SG Her Empowerment 2025 membincangkan tentang kesan teknologi canggih.
Ia menekankan kebimbangan berhubung kecerdasan buatan dan alat "deepfake" yang lazimnya menyasarkan wanita dan kanak-kanak perempuan.
Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital, Rahayu Mahzam berkata, "Teknologi hanya akan bertambah baik, lebih murah dan lebih pantas, iaitu sesuatu yang baik sehingga ia disalahgunakan bagi tujuan memudaratkan."
"Berita palsu asli (deepfake) menjejas nilai memberi izin, melakukan stereotaip jantina yang berbahaya dan menyumbang kepada perbuatan menjatuhkan maruah kaum wanita," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.