Skip to main content

Singapura

Garis panduan baharu kesihatan mental remaja libatkan peranan ibu bapa

Satu garis panduan mengenai sama ada golongan bawah umur memerlukan persetujuan ibu bapa untuk mengakses khidmat kesihatan mental akan disediakan pada awal tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Sep 2025 07:45PM Dikemas Kini : 04 Oct 2025 02:31PM
  • Satu garis panduan mengenai sama ada golongan bawah umur memerlukan persetujuan ibu bapa untuk mengakses khidmat kesihatan mental akan disediakan pada awal tahun depan.
  • Isu mengenai perlunya persetujuan ibu bapa dibangkitkan sebagai sebab belia teragak-agak untuk mendapatkan bantuan kesihatan mental.
  • Ia bertujuan memastikan bahawa isu mengenai persetujuan ibu bapa tidak menyebabkan golongan bawah umur lewat mendapatkan khidmat kesihatan mental peringkat rendah seperti sokongan emosi.
  • "Tetapi apa yang kami mahu adalah untuk memberikan sedikit panduan supaya SSA (agensi khidmat sosial) peka kepada keperluan kanak-kanak dan ibu bapa."
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Satu garis panduan mengenai sama ada golongan bawah umur memerlukan persetujuan ibu bapa untuk mengakses khidmat kesihatan mental akan disediakan pada awal tahun depan.

Garis panduan itu akan membimbing para pakar mengenai langkah melindungi keselamatan dan kepentingan belia, sambil melibatkan para ibu bapa dalam aspek jagaan.

Isu mengenai perlunya persetujuan ibu bapa dibangkitkan sebagai sebab belia teragak-agak untuk mendapatkan bantuan kesihatan mental.

Satu kumpulan pakar dibentuk tahun ini, melibatkan para ibu bapa, belia dan penyedia khidmat.

Ia bertujuan memastikan bahawa isu mengenai persetujuan ibu bapa tidak menyebabkan golongan bawah umur lewat mendapatkan khidmat kesihatan mental peringkat rendah seperti sokongan emosi.

Di Parlimen pada Jumaat (26 Sep), Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Koh Poh Koon menjawab pertanyaan mengenai penggunaan garis panduan tersebut bagi kes-kes sebenar.

"Bagaimana kita memastikan mereka yang berusia bawah 18 tahun, selagi mereka berusia bawah 18 tahun, ini akan diamalkan? Bermakna, jika mereka berusia bawah 18 tahun, persetujuan ibu bapa tidak diperlukan?" soal Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Jurong East-Bukit Batok, David Hoe.

Menjawab soalan itu, Dr Koh berkata: "Tiada keperluan undang-undang untuk mendapatkan persetujuan hari ini.

"Tetapi apa yang kami mahu adalah untuk memberikan sedikit panduan supaya SSA (agensi khidmat sosial) peka kepada keperluan kanak-kanak dan ibu bapa.

Satu amalan baik adalah untuk melibatkan ibu bapa dalam perjalanan itu, mungkin bukan daripada awal jika ia agak sensitif bagi kanak-kanak itu untuk mendekati mereka bagi mendapatkan bantuan, tetapi semasa perjalanan itu."
Sumber : CNA/AI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita