Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis panduan baharu dilancar demi lindungi sistem keselamatan AI

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Badan pemantau keselamatan siber Singapura melancarkan langkah-langkah baharu untuk melindungi sistem-sistem kecerdasan buatan (AI).

Ia demi menangani risiko keselamatan siber dari segi pembangunan dan penggunaan AI.

Garis panduan dan panduan pendampingnya itu bertujuan mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan boleh dipercayai bagi rakyat dan perniagaan.

Dibangunkan dengan mengambil kira saranan tempatan dan antarabangsa, peraturan itu bertujuan meletakkan Singapura di kedudukan sebagai peneraju dalam penggunaan AI yang bertanggungjawab.

Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean menekankan betapa pentingnya pendekatan yang bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi.

Encik Teo berkata: " Ramai yang sudah terlambat memperkenalkan undang-undang dan peraturan untuk cuba berbuat demikian, tetapi kerosakannya sudahpun berlaku dan kami sekadar cuba mengejarnya.

Kami harus cuba untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan ini dengan teknologi-teknologi baharu yang kini baru muncul. "

Garis panduan itu menunjukkan isu-isu kelemahannya seperti serangan musuh dan menyarankan pendekatan yang sentiasa memikirkan aspek keselamatan.

Ini bermakna memikirkan keselamatan di setiap peringkat, dari perancangan dan pembangunan hinggalah kepada bagaimana menguruskannya apabila sistem itu tidak lagi digunakan.

Matlamatnya, kata Encik Teo, adalah untuk meningkatkan kepercayaan dalam penggunaan AI, di samping memastikan persekitaran yang selamat dan boleh dipercayai bagi rakyat dan perniagaan.

"Jika kami dapat melakukannya dengan betul serta memberi jaminan dan kepercayaan yang diperlukan oleh pengguna kami,
maka kami boleh terus memanfaatkan teknologi baharu dan yang baru muncul dengan yakin demi meningkatkan kehidupan dan mata pencarian di seluruh dunia.

"Saya berharap minggu ini akan membantu kami mengenali kepentingan bersama kami di ruang siber," tambahnya.
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan