Skip to main content

Singapura

Garis panduan baharu bantu teksi, kereta sewa privet tingkatkan operasi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Dec 2024 07:17PM Dikemas Kini : 05 Dec 2024 12:05AM
SINGAPURA: Mulai 1 Januari 2025, syarikat pengendali teksi dan khidmat kereta sewa privet mesti memaklumkan kepada para penumpang, pemandu serta LTA, sebarang gangguan yang menjejas perkhidmatannya dalam tempoh sejam ia berlaku.

Syarikat-syarikat itu juga perlu menyerahkan laporan mengenai usaha pembaikan menyusuli gangguan tersebut.

Demikian perkongsian Menteri Negara Kanan Pengangkutan Amy Khor dalam satu catatan di Facebook.

Langkah itu sebahagian daripada fasa pertama semakan sektor pengangkutan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Perubahan termasuk melanjutkan jangka hayat bagi teksi bukan elektrik daripada lapan tahun kepada 10 tahun.

Teksi yang kurang tiga tahun perlu menjalani pemeriksaan kenderaan hanya sekali setahun, bukan lagi dua kali seperti peraturan sedia ada.

Sebaliknya, kereta sewa privet berusia lebih 10 tahun pula perlu menjalani pemeriksaan dua kali setahun, berbanding hanya sekali setahun buat masa ini.

Aplikasi menempah kereta sewa privet juga dipertingkat untuk membolehkan penumpang meminta tempat duduk khas untuk kanak-kanak, atau ruang bagi menyimpan kerusi roda.

Langkah-langkah baharu itu bertujuan untuk mengurangkan gangguan kepada perkhidmatan, serta menstabilkan bekalan bagi khidmat teksi dan kereta sewa privet.
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita