Garis panduan aturan kerja lebih fleksibel bakal dikeluarkan tahun depan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara Indranee Rajah menggesa para majikan supaya menyediakan aturan kerja yang fleksibel.
Ini menjelang satu garis panduan tiga pihak yang akan diperkenalkan pada tahun depan.
Aturan kerja fleksibel adalah sebahagian daripada usaha untuk menjadikan tempat kerja lebih kondusif.
Ia supaya para pekerja dapat mengimbangi komitmen keluarga dengan kerja dengan lebih baik.
"Kita juga perlu mewujudkan budaya tempat kerja di mana ibu bapa boleh berasa yakin untuk mengambil cuti kerja untuk menjaga keluarga dan anak-anak mereka," kata Cik Indranee.
"Syarikat-syarikat yang menyediakan aturan kerja yang fleksibel dan hibrid akan dapat memikat dan mengekalkan bakat sedang lebih ramai pekerja inginkan keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan yang lebih baik," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.