Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis Panduan Aktiviti Fizikal dikemas kini; diperluas bagi wanita hamil & kurang upaya

Anggaran Waktu Membaca:
Garis Panduan Aktiviti Fizikal dikemas kini; diperluas bagi wanita hamil & kurang upaya

Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY

Diterbitkan : 12 Jun 2022 07:35PM Dikemas Kini : 12 Jun 2022 10:21PM

SINGAPURA: Saranan-saranan bagi membantu rakyat Singapura pelbagai peringkat usia melakukan senaman yang secukupnya didedahkan hari ini (12 Jun).

Ia bukan sahaja untuk mencapai kecergasan aerobik tetapi juga untuk menguatkan otot dan tulang serta fleksibiliti dan keseimbangan.

Garis Panduan Aktiviti Fizikal Singapura ini dilancarkan buat julung-julung kalinya pada 2011, manakala garis panduan bagi kanak-kanak dan belia pula dilancarkan pada 2013.

Garis panduan baru itu kini meliputi juga panduan bagi wanita hamil dan golongan kurang upaya.

Ia dikemaskini dengan bantuan para penyelidik dan doktor dengan mengambil kira hasil kajian terkini mengenai kesihatan dan kesejahteraan.

Menurut garis panduan tersebut, mereka yang berusia antara tujuh hingga 17 tahun perlu melakukan kegiatan fizikal purata 60 minit setiap hari.

Golongan dewasa pula disarankan bersenam sekurang-kurangnya 150 hingga 300 minit setiap minggu.

Mereka juga dinasihati melakukan kegiatan penguatan seperti senaman angkat berat dua hari setiap minggu.

Kegiatan penguatan juga penting, lebih-lebih lagi bagi golongan warga emas.

Mereka disaran melakukan senaman bagi menguatkan otot dua hari setiap minggu.

Selain itu, warga emas juga perlu melakukan kegiatan yang memberi tumpuan kepada kekuatan dan keseimbangan sekurang-kurangnya tiga hari setiap minggu.

Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menyatakan melalui kerjasama dengan rakan-rakannya dalam masyarakat serta sekolah-sekolah dan tempat kerja, pihaknya berharap agar mereka akan menerapkan garis panduan itu dalam kegiatan-kegiatan yang ditawarkan.

Sport Singapore dan HPB akan memulakan usaha tersebut dengan mengadakan program-program mengikut garis panduan itu.

Sumber : CNA/AI/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan