Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis pandu galak lebih banyak majikan perkenal aturan kerja fleksibel akan dikeluarkan tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
Garis pandu galak lebih banyak majikan perkenal aturan kerja fleksibel akan dikeluarkan tahun depan
Para pekerja di Raffles Place. (Gambar: Gaya Chandramohan)
Diterbitkan : 06 May 2022 07:35PM Dikemas Kini : 06 May 2022 07:51PM

SINGAPURA: Hampir 400,000 orang di Singapura seperti pekerja lebih matang dan wanita boleh menyertai pasaran buruh jika aturan pekerjaan fleksibel dilaksanakan.

Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata garis panduan bagi menggalak lebih banyak syarikat untuk memperkenalkan aturan pekerjaan sedemikian, akan dikeluarkan pada tahun depan.

Ia adalah sebahagian daripada usaha lebih meluas oleh pemerintah dan gerakan buruh untuk membantu syarikat-syarikat membuat penyesuaian kepada norma yang kian berubah-ubah.

"Kita hanya mempunyai satu sumber iaitu sumber manusia. Itulah satu-satunya sumber asli yang kita ada, yang kita dapat kekalkan, model kita dan aspirasi kita pada masa hadapan. Oleh itu, adalah wajar kita memikirkan setiap peluang yang boleh dibayangkan dalam mengoptimumkan dan menggunakan sumber itu," ujar Dr Tan See Leng.

Dr Tan berkata demikian semasa satu perbincangan mengenai peranan perikatan tiga pihak dalam dunia pasca pandemik COVID-19.

Kolektif Tiga Pihak baru yang dilancarkan bertujuan memupuk hubungan dan dialog antara pihak-pihak berkepentingan seperti pemerintah, gerakan buruh, majikan dan ahli akademik.

Dr Tan turut menyentuh mengenai rancangan untuk melindungi para pekerja bebas atau 'gig' yang bertugas di syarikat-syarikat platform.

Sumber : Agensi berita/AI/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa