Skip to main content

Singapura

Garis pandu baru bantu rantaian bekalan kongsi data lebih mudah, selamat

Satu set garis panduan baru sedang disiapkan bagi membantu pihak-pihak dalam rantaian bekalan berkongsi data dengan lebih mudah dan selamat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Nov 2020 07:47PM Dikemas Kini : 16 Nov 2020 09:14PM

SINGAPURA: Satu set garis panduan baru sedang disiapkan bagi membantu pihak-pihak dalam rantaian bekalan berkongsi data dengan lebih mudah dan selamat.

Langkah itu akan membantu meningkatkan kecekapan syarikat yang juga bermakna para pengguna boleh mendapatkan barangan mereka lebih pantas.

Buat masa ini, cara data didapatkan dalam ekosistem rantaian bekalan datang dalam pelbagai format dan sistem.

Keadaan itu menyebabkan pihak-pihak yang berkenaan seperti pengimport, syarikat perkapalan dan institusi kewangan mendapati sukar untuk berkongsi maklumat dengan berkesan.

Ia boleh menimbulkan masalah-masalah seperti kesesakan di gudang dan pelabuhan.

Kesulitan itu mungkin dapat diatasi apabila Prasarana Data Bersama atau CDI siap kelak.

Inisiatif itu dipelopori Pakatan bagi Tindakan terhadap Digitalisasi Rantaian Bekalan yang melibatkan lebih 50 pemain industri dan diterajui oleh pengendali pelabuhan, PSA International, serta kumpulan perdagangan Trafigura.

Inisiatif baru itu diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, S Iswaran, di persidangan perdana Wawasan MCI.

Beliau berkata inisiatif itu akan membantu syarikat-syarikat kurang bergantung kepada dokumen kertas untuk mengesahkan sesuatu urus niaga.

Sebagai permulaan, inisiatif itu akan digunakan dalam sektor-sektor kewangan perdagangan dan logistik. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita