Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis pandu baharu MAS mudahkan proses dapat insurans perlindungan hayat, penyakit kronik

Anggaran Waktu Membaca:
Garis pandu baharu MAS mudahkan proses dapat insurans perlindungan hayat, penyakit kronik

Gambar fail bangunan Penguasa Kewangan Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyarankan satu senarai garis panduan, supaya orang ramai tidak lagi perlu mendedahkan maklumat tertentu apabila membeli produk-produk asas insurans.

Ini bertujuan memudahkan proses mendapatkan perlindungan hayat dan penyakit kritikal.

Di bawah saranan MAS itu, mereka yang ingin membeli insurans tidak lagi perlu mendedahkan butiran seperti status kerja, aset, tanggungan ataupun toleransi risiko mereka.

Mereka bagaimanapun masih dikehendaki memberikan maklumat seperti gaji tahunan dan matlamat kewangan.

Polisi insurans hayat sedia ada mereka yang menyediakan perlindungan kematian dan hilang upaya serta perlindungan bagi penyakit kritikal juga perlu dimaklumkan.

Institusi kewangan dan orang ramai boleh memberikan maklum balas mereka kepada MAS selewat-lewatnya sebelum 15 Mac ini.

"Contohnya seseorang selesai perkhidmatan negara (NS) atau universiti dan bekerja. Dia mungkin tiada pelbagai komponen sedia ada.

"Jadi daripada mengambil maklumat yang membebankan daripada individu ini, kini hanya enam maklumat kami perlukan untuk dia menyertai wadah insurans, pelaburan dan insurans perubatan," kata Augustine Lee, Presiden Terdahulu Persatuan Penasihat Kewangan.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan