Garis masa siasatan rasuah sabitkan Menteri Pengangkutan S Iswaran
Siasatan rasuah terhadap Menteri Pengangkutan S Iswaran mengambil masa lebih daripada setengah tahun.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Siasatan rasuah terhadap Menteri Pengangkutan S Iswaran mengambil masa lebih daripada setengah tahun.
Berikut garis masa kejadian yang berlaku.
Perkara itu pertama kali dimaklumkan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 29 Mei tahun lalu.
Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memaklumkan PM Lee bahawa mereka menemui beberapa maklumat melibatkan Encik Iswaran.
CPIB menyatakan ada merit agar ia disiasat dan mereka sedang mengikuti petunjuk yang ada.
Sekitar sebulan kemudian pada 5 Julai, pengarah CPIB memberikan taklimat kepada PM Lee berhubung hasil siasatannya.
Beliau mendapatkan kelulusan PM Lee untuk menemubual Encik Iswaran.
Pada keesokan harinya (6 Julai), PM Lee memberikan lampu hijau kepadanya.
Pada 11 Julai lalu, Encik Iswaran diberkas oleh CPIB dan kemudian dibebaskan atas ikat jamin.
PM Lee juga mengarahkan kepadanya supaya mengambil cuti ketidakhadiran sehingga siasatan selesai dijalankan.
Encik Lee melarangnya daripada bertugas sepanjang siasatan dijalankan dan gajinya dipotong kepada S$8,500 sebulan.
Ia diumumkan pada keesokan harinya (12 Julai) bahawa Encik Iswaran sedang membantu CPIB dalam siasatannya.
Beberapa hari kemudian (14 Julai), ia didedahkan bahawa Encik Iswaran telah diberkas dan dibebaskan atas ikat jamin.
Hartawan Ong Beng Seng juga diberkas pada hari yang sama.
Beliau diminta maklumat berhubung interaksinya dengan Encik S Iswaran.
Encik Iswaran dilihat di agensi anti rasuah itu buat kali pertama pada 18 Julai lalu sejak khabar mengenai siasatan rasuahnya tersebar.
Beliau disoal siasat di CPIB selama sekitar 10 jam.
Semasa sidang parlimen pada 2 Ogos lalu, siasatan rasuah Encik S Iswaran dibentangkan dengan beberapa soalan diajukan dari kedua-dua pihak.
Kenyataan menteri PM Lee memberikan garis masa lebih jelas mengenai siasatan yang dijalankan, termasuk bila beliau pertama kali dimaklumkan oleh CPIB.
Dalam ucapannya kepada para Anggota Parlimen, PM Lee berkata Parti Tindakan Rakyat (PAP) perlu lakukan apa yang perlu dilakukan meskipun ia memalukan dari segi politik dan menjejas parti.
"Saya tidak akan mengelak atau teragak-agak untuk menjalankan tugas saya, untuk memastikan sistem kita menyeluruh dan bersih.
"Ini caranya pemerintah PAP layak untuk terus mendapatkan kepercayaan yang diberikan oleh warga Singapura," kata PM Lee.
Pada November lalu, di Konvensyen dan Majlis Anugerah PAP, PM Lee sekali lagi mengulangi pendirian sifar toleransi parti itu terhadap rasuah.
Dalam ucapan pembukaannya, beliau menekankan komitmen parti itu untuk tidak menerima rasuah, sambil menambah hal itu tidak boleh dirunding.
"Jika anda memakai putih, anda sendiri harus bersih. Sama ada dalam menjalankan tanggungjawab anda bersama parti atau urusan sendiri, jangan sekali-kali menjatuhkan nama baik diri sendiri atau parti.
"Jangan menyalahgunakan kedudukan anda. Jangan terima sebarang tawaran ataupun memintanya. Ia memalukan, ia salah," kata PM Lee.
Dua bulan kemudian, siasatan CPIB dilaporkan selesai dijalankan.
Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing memberi kemas kini itu dalam jawapan bertulis kepada Anggota Parlimen tanpa Kawasan Undi (NCMP) Hazel Poa, yang memohon kemas kini mengenai kejadian itu di parlimen.
Encik Chan berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang menyemak perkara itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.