Garis masa Pilihan Raya Presiden jika ada pertandingan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Howard Law/CNA)
SINGAPURA: Pilihan Raya Presiden harus diadakan selewat-lewatnya 13 Sep, dengan proses untuk mengenal pasti calon berpotensi bermula tidak lama lagi.
Pada Khamis (1 Jun), Jabatan Pilihan Raya menyatakan Daftar Pengundi akan dikemas kini dan dibuka untuk pemeriksaan awam akhir bulan ini.
Apa yang akan berlaku seterusnya ialah borang untuk memohon Sijil Kelayakan dikeluarkan – langkah pertama bagi mereka yang berminat untuk menjadi calon.
Kali terakhir ada pertandingan pada Pilihan Raya Presiden adalah pada Ogos 2011, beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum yang sengit.
Empat calon masuk gelanggang untuk bertanding bagi jawatan itu dengan mantan Presiden Tony Tan berjaya mengalahkan ketua Parti Kemajuan Singapura (PSP) dan bekas Anggota Parlimen Tan Cheng Bock, anggota politik pembangkang Tan Jee Say dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif NTUC Income Tan Kin Lian.
Selepas itu, Pilihan Raya Presiden 2017 yang dikhaskan untuk calon Melayu, tidak ada pertandingan.
Penggal enam tahun Presiden Halimah Yacob berakhir pada 13 Sep, dan pilihan raya boleh diadakan seawal tiga sebelum itu pada 13 Jun. Puan Halimah telah berkata tidak akan bertanding bagi penggal kedua.
Pilihan Raya Presiden akan datang dibuka kepada semua kaum.

Berikut ini apa yang boleh dijangkakan berdasarkan Pilihan Raya Presiden 2011, apabila ia kali terakhir dipertandingkan:
LAYAK BERTANDING
Bukan semua orang boleh bertanding jawatan Presiden.
Calon perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) dengan mengemukakan borang untuk memohon Sijil Kelayakan.
Kriteria ketat yang perlu dipenuhi calon presiden termasuk memegang jawatan kanan awam atau menerajui syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya S$500 juta dalam ekuiti pemegang saham selama sekurang-kurangnya tiga tahun.
Ini disenaraikan dalam Perlembagaan Singapura, termasuk klausa yang mengatakan PEC perlu berpuas hati bahawa calon berkenaan adalah seorang yang berwibawa, berkelakuan baik dan mempunyai reputasi baik. Calon juga mesti berumur sekurang-kurangnya 45 tahun, dan bukan anggota mana-mana parti politik.
Pada tahun 2011, borang Sijil Kelayakan disediakan mulai 1 Jun.
WRIT PILIHAN RAYA
Pertandingan secara rasmi bermula apabila Writ Pilihan Raya dikeluarkan, dan calon mempunyai tiga hari dari itu untuk memohon Sijil Kelayakan.
Pada 2011, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengeluarkan Writ pada 3 Ogos dan Hari Pencalonan ditetapkan pada 17 Ogos.
PEC mengumumkan calon yang layak bertanding pada 11 Ogos dan empat orang memenuhi syarat, daripada enam yang memohon.

Pada Hari Penamaan Calon 2017, Puan Halimah dipilih sebagai Presiden kelapan Singapura, kerana beliau adalah satu-satunya calon yang layak.
KEMPEN, HARI MENGUNDI
Jika terdapat banyak pesaing, seperti pada 2011, calon yang layak akan memulakan kempen mereka dari Hari Penamaan calon.
Pada 2011, Hari Mengundi adalah pada 27 Ogos, memberi calon selama sembilan hari untuk berkempen dari 17 hingga 25 Ogos. Sehari sebelum hari mengundi ditetapkan sebagai Hari Bertenang apabila tiada kempen dibenarkan.
Ketika itu hanya dibenarkan siaran calon, perhimpunan awam dan forum "Bertemu Calon" di televisyen. Setiap calon mengadakan satu perhimpunan dan dibenarkan dua siaran calon selama 10 minit.
Pada Hari Bertenang, Mediacorp menyiarkan mesej yang sudah dirakam oleh keempat-empat calon.
Pada Sabtu, 27 Ogos, 2.27 juta pengundi menjalankan tanggungjawab mereka di pusat mengundi.
Keputusannya diumumkan pada awal pagi 28 Ogos selepas diadakan kiraan semula, dengan Dr Tony Tan mengalahkan Dr Tan Cheng Bock dengan kelebihan yang tipis.

Sumber : CNA/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.