Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis masa: Pasangan kes Tradenation diburu tipu barang mewah jutaan dolar

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas lebih lima minggu melarikan diri, sepasang suami isteri yang didakwa terlibat dalam penipuan barangan mewah melibatkan berjuta-juta dolar berjaya ditahan.

Warga Singapura, Pi Jiapeng, 26 tahun, dan isterinya, Siriwipa Pansuk rakyat Thailand berusia 27 tahun ditahan di Malaysia dan diserahkan kepada polis Singapura pada 11 Ogos.

Sebelum itu, waran tangkap dan notis Interpol sudah dikeluarkan terhadap pasangan itu.

Sekurang-kurangnya 180 laporan polis dibuat terhadap mereka tentang penipuan melibatkan dua syarikat - Tradenation dan Tradeluxury
dengan barang mewah sekitar S$32 juta.

Berikut garis masa kes tersebut:

2021: Mangsa hubungi Pi dan Pansuk untuk buat bayaran ribuan dolar bagi pratempahan jam tangan dan beg mewah.

Jun 2022: Polis terima aduan penipuan libatkan dua syarikat berkaitan dengan mereka, Tradenation dan Tradeluxury. Beberapa orang memasang iklan di Carousell memberi amaran terhadap Tradenation. Satu pasangan memberitahu Mediacorp mereka kerugian kira-kira S$180,000 manakala seorang lagi rugi kira-kira S$20,000.

27 Jun: Pi ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin dua hari kemudian.

30 Jun: Pansuk serahkan pasport dan bantu polis dalam siasatan mereka.

Kedua-duanya kemudian tidak dapat dihubungi.

4 Julai: Pi dan Pansuk dikatakan meninggalkan Singapura dengan bersembunyi dalam kontena sebuah lori berdaftar di Malaysia.

13 Jul: Pemandu lori Malaysia, Mohamed Alias, 40 tahun ditangkap kerana membantu mereka meninggalkan Singapura secara haram.

15 Jul: Alias didakwa bersekongkol menolong Pansuk meninggalkan negara ini.

20 Jul: Polis mendedahkan nama pasangan itu.

21 Jul: Pi dan Pansuk disenaraikan di laman web notis merah Interpol. Butiran menunjukkan bahawa Pi dilahirkan di Fujian, China, manakala Pansuk berasal dari Roi Et, sebuah wilayah di timur laut tengah Thailand.

22 Jul: Pemandu lori Alias ​​didakwa membantu Pi meninggalkan Singapura secara haram.

24 Jul: Dalam satu kenyataan, ICA berkata semua kenderaan yang memasuki pusat pemeriksaan darat Singapura diperiksa oleh pegawai imigresen, tetapi melakukan perkara yang sama bagi setiap kenderaan yang keluar dari negara ini akan memberi impak yang besar kepada perdagangan dan perjalanan.

30 Jul: Lelaki kedua, Mohamad Fazli Abdul Rahman, warga Malaysia berusia 38 tahun didakwa di mahkamah kerana bersubahat dengan Mohamed Alias untuk bantu Pi larikan diri.

5 Ogos: Alias ​​dan Fazli berkata mereka akan mengaku bersalah terhadap tuduhan ke atas mereka.

Fazli diberi tuduhan baru bersubahat dengan Alias ​​untuk membantu Pansuk meninggalkan negara secara haram.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa Alias ​​juga boleh didakwa kerana menyembunyikan pesalah. .

Kedua-dua Alias ​​dan Fazli terus ditahan reman dan tidak diberi ikat jamin.

Kes Fazli dan Alias akan didengar lagi pada 17 Ogos.

10 Ogos: SPF menerima maklumat daripada Polis Diraja Thai bahawa Pi dan Pansuk mungkin menginap di sebuah hotel di Johor Bahru. SPF meminta bantuan Polis Diraja Malaysia untuk mengesan pasangan itu.

11 Ogos: Polis Malaysia menahan Pi dan Pansuk di Johor Bahru dan menyerahkan pasangan itu kepada SPF di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada kira-kira 6 petang.

SPF menyatakan pasangan itu akan didakwa di mahkamah pada 12 Ogos.

Mereka menghadapi tuduhan berpakat untuk melakukan jenayah melalui penipuan dan keluar secara haram dari Singapura.
Sumber : CNA/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan