Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Garis masa mansuh Seksyen 377A Kanun Keseksaan

Anggaran Waktu Membaca:
Garis masa mansuh Seksyen 377A Kanun Keseksaan

Orang ramai yang menyokong Pink Dot bersorakan apabila bendera negara diterbangkan sebagai sebahagian daripada raptai Perbarisan Hari Kebangsaan pada 18 Jun 2022. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

Diterbitkan : 28 Nov 2022 07:28PM Dikemas Kini : 28 Nov 2022 07:30PM

SINGAPURA: Seksyen 377A Kanun Keseksaan sebenarnya sudah begitu lama wujud dalam Perlembagaan Singapura.

Seksyen 377A merupakan warisan daripada pemerintahan British sejak 1938.

Undang-undang yang menganggap seks antara lelaki sebagai jenayah itu hanya mula dicabar di Singapura pada tahun 2007.

Anggota Parlimen Dilantik (NMP) ketika itu Siew Kum Hong memfailkan petisyen dalam usaha mahu memansuhkannya, atas dasar ia melanggar jaminan perlembagaan bagi kesaksamaan dan perlindungan sama rata untuk semua.

14 AP bangkit membahaskannya ketika itu dalam tempoh dua hari.

Bagaimanapun Seksyen 377A kekal kerana Pemerintah menyatakan, masyarakat belum bersedia.

Bagaimanapun Pemerintah menambah, undang-undang itu tidak akan dikuatkuasakan secara aktif.

Pada 2009, acara awam pertama LGBTQ diadakan dengan gerakan Pink Dot mahu akta itu dihapuskan.

Antara 2010 hingga 2018, satu siri tindakan guaman diambil dalam usaha memansuhkan 377A namun semuanya gagal.

Semasa rapat umum Hari Kebangsaan 2022, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan 377A akan dimansuhkan.

Rang Undang-Undang berkaitan dibentangkan bagi bacaan pertama di Parlimen pada 20 Okt bersama pindaan terhadap Perlembagaan unutk melindungi takrif perkahwinan.

Rang Undang-Undang Perlembagaan Republik Singapura (Pindaan Nombor 13) dibentangkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli, manakala Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam membentangkan untuk baacan pertama, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) untuk memansuhkan Seksyen 377A.

Seksyen 377A merupakan warisan daripada pemerintahan British sejak 1938.

Undang-undang yang menganggap seks antara lelaki sebagai jenayah itu hanya mula dicabar di Singapura pada tahun 2007.

Ini apabila AP Dilantik ketika itu Siew Kum Hong memfailkan petisyen dalam usaha mahu memansuhkannya.

14 AP bangkit membahaskannya ketika itu dalam tempoh dua hari.

Bagaimanapun Seksyen 377A kekal kerana pemerintah menyatakan, masyarakat belum bersedia.

Bagaimanapun pemerintah menambah, undang-undang itu tidak akan dikuatkuasakan secara aktif.

Pada 2009, acara awam pertama LGBTQ diadakan dengan gerakan Pink Dot mahu akta itu dihapuskan.

Antara 2010 hingga 2018, satu siri tindakan guaman diambil dalam usaha memansuhkan 377A namun semuanya gagal.

Semasa rapat umum Hari Kebangsaan 2022 lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan 377A akan dimansuhkan.

Dan bulan lalu, rang undang-undang berkaitan diperkenalkan.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan