Garis masa: Bagaimana kebohongan Raeesah Khan menyebabkan Pritam Singh dituduh berbohong kepada jawatankuasa parlimen
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh pada Selasa (19 Mac) dikenakan dua tuduhan memberikan keterangan tidak tepat kepada jawatankuasa parlimen.
Ketua Pembangkang itu khususnya dituduh memberikan keterangan palsu di perbicaraan Jawatankuasa Hak Istimewa membabitkan mantan Anggota Parlimen WP, Raeesah Khan, yang berbohong di Parlimen pada 2020.
Encik Singh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua tuduhan tersebut.

Berikut garis masa rentetan peristiwa yang menyebabkan beliau didakwa:
OGOS 2021
Pada Ogos 2021, Cik Raeesah Khan mengaku beliau menemani seorang mangsa serangan seksual ke balai polis. Beliau berkata para pegawai mengulas tentang pakaian dan tabiat mangsa yang suka minum minuman keras.
Beberapa bulan kemudian, Cik Khan mengaku dirinya sudah berbohong. Beliau mengaku terdengar kisah itu dari sebuah kumpulan sokongan mangsa yang dihadirinya.
Selepas Cik Khan mengakui beliau berbohong, Parti Pekerja mengadakan sidang media di mana para pemimpin menggariskan urutan peristiwa isu ini.
Mereka mendedahkan bahawa mereka sudah tahu tentang kebohongan Cik Khan selama berbulan lamanya.
WP turut mengumumkan pihaknya membentuk satu Panel Disiplin untuk menyiasat perkara ini pada November.
OGOS 2021
Encik Singh berkata para pemimpin pertama kali mendapat tahu tentang kebohongan itu pada Ogos.
Mereka mendesak Cik Khan untuk mengakui kesilapannya dalam sidang Parlimen pada September.
Ini bagaimanapun tidak dilakukan Cik Khan kerana beliau jatuh sakit dan tidak dapat menghadiri sidang tersebut.
OKT 2021
Pada Oktober, Cik Khan tetap berbohong di parlimen dan ini mengejutkan partinya.
Encik Singh berkata para pemimpin menyuruhnya berterus terang dan Cik Khan bersetuju.
NOV 2021
Beliau berbuat demikian di sidang Parlimen seterusnya, yang berlangsung pada November.
Ketua Dewan, Indranee Rajah, kemudian memfailkan aduan bagi pelanggaran hak istimewa parlimen, yang membolehkan para AP bebas bercakap tanpa perlu khuatir tentang sebarang kesan perundangan.
DEC 2021
Pada Disember, Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen mendengar keterangan Cik Khan mahupun para pemimpin WP, iaitu Encik Singh, Cik Sylvia Lim dan Encik Faisal Manap.
Jawatankuasa dimaklumkan bahawa Encik Singh menyuruh Cik Khan untuk mengekalkan pendiriannya yang berbohong ke liang lahad.
Ini bagaimanapun dinafikan Encik Singh.
Beliau selanjutnya berkata Cik Khan mengalami masalah kesihatan mental - satu dakwaan yang disangkal seorang pakar psikiatri.
10 FEB 2022
Pada Feb 2022, Jawatankuasa Hak Istimewa mengusulkan agar Cik Khan didenda S$35,000 kerana berbohong kepada Dewan.
Jawatankuasa itu turut mendakwa bahawa Encik Singh tidak bersikap jujur mengenai bagaimana beliau menangani kebohongan Cik Khan.
Encik Faisal pula dikatakan cuba menyembunyikan kebenaran dengan enggan menjawab pertanyaan-pertanyaan jawatankuasa itu.
Jawatankuasa tersebut menyarankan Encik Singh dan Encik Faisal dirujukkan kepada Pendakwa Raya.
15 FEB 2022
Beberapa hari kemudian, parlimen mengundi untuk menyokong saranan itu, selepas perbahasan mengenai dapatan laporan berlangsung selama lima jam.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan kemungkinan para pemimpin WP berbohong walaupun selepas mengangkat sumpah, sebagai satu perkara serius.
Encik Singh menolak dapatan laporan jawatankuasa lalu menarik perhatian kepada sebilangan perkara yang disifatkan sebagai pertanyaan, jurang dan butiran yang tidak disertakan.
APR 2022
Pada April, polis menyatakan bahawa kes sudah dirujukkan kepada mereka oleh pendakwa raya dan mereka akan menyiasat kemungkinan kesalahan dilakukan.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.