Skip to main content

Singapura

Gara-gara guna tandas sedang dibersih, penghantar makanan dileteri dan tumbuk pekerja pembersih

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Seorang penghantar makanan menumbuk pipi seorang pekerja pembersih, menyebabkan giginya menjadi longgar.

Ini setelah penghantar makanan tersebut bergaduh dengannya kerana memasuki sebuah tandas yang sedang dibersihkan pekerja itu.

Wee Hai Heng, 60 tahun, didenda S$2,000 oleh mahkamah pada Isnin (26 Jun) atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Dia menyatakan bahawa dia tidak boleh membayar denda tersebut. Jika demikian, dia perlu menjalani hukuman penjara selama seminggu.

Mahkamah mendengar bahawa mangsa tersebut, seorang pekerja pembersih berusia 48 tahun, pergi ke tandas lelaki di Punggol Plaza pada 19 Mac tahun ini untuk membersihkannya.

Warga China itu meletakkan papan tanda dilarang masuk di tandas tersebut tetapi pada sekitar 1.30 petang hari itu, Wee masih memasuki tandas tersebut untuk menggunakannya.

Pekerja pembersih itu kurang senang dengan tindakan Wee untuk tidak mengendahkan papan tanda tersebut. Dia pun mula meleteri lelaki tersebut dan pertikaian tercetus antara kedua-dua mereka.

Wee berjalan ke papan tanda tersebut dan menendangnya, sebelum menumbuk wanita itu di pipi kirinya.


Bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan, Wee boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita