Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gantung burung di tiang sidai baju: Pihak berkuasa siasat kes aniaya haiwan

Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS) pada khamis (12 Dis) menyatakan ia sedang menyiasat satu insiden di Yishun di mana seorang wanita menggantung seekor burung tiung di tempat sidai baju luar sebuah flat HDB.

Anggaran Waktu Membaca:
Gantung burung di tiang sidai baju: Pihak berkuasa siasat kes aniaya haiwan

Petikan gambar daripada video menunjukkan seekor burung tiung digantung dari tempat sidaian baju luar flat HDB di Yishun. (Gambar: ACRES/Facebook)

Diterbitkan : 12 Dec 2019 11:12PM Dikemas Kini : 12 Dec 2019 11:16PM

SINGAPURA: Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS) pada khamis (12 Dis) menyatakan ia sedang menyiasat satu insiden di Yishun di mana seorang wanita menggantung seekor burung tiung di tempat sidai baju luar sebuah flat HDB.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, badan khidmat tersebut yang merupakan sebuah kelompok di bawah Lembaga Taman Negara (NParks) menyatakan ia "prihatin" akan insiden itu.

"AVS mengambil serius semua maklum balas daripada orang awam mengenai kekejaman haiwan dan akan menyiasat kes-kes yang dilaporkan. Kami prihatin apabila dimaklumkan tentang kes burung tiung digantung dari luar sebuah flat HDB dan sedang menyiasat insiden tersebut," jelasnya.

"Menjaga kebajikan haiwan adalah satu tanggungjawab sosial bersama."

Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (ACRES) menyatakan di Facebook pada Rabu (11 Dis) bahawa para pegawainya menyelamatkan seekor burung tiung yang dilihat tergantung dari luar sebuah flat di Yishun.

"Burung tiung itu diperiksa bagi sebarang kecederaan dan diberikan sedikit air serta makanan sebelum dilepaskan," menurut ACRES yang menambah bahawa burung tersebut digantung di luar tingkap untuk memberinya satu pengajaran.

AVS menyatakan pesalah kali pertama yang ditangkap menganiaya haiwan atau burung boleh didakwa di bawah Akta Haiwan dan Burung serta boleh didenda sehingga S$15,000, dipenjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali.

Ia juga menasihati orang awam tentang bagaimana untuk berurusan dengan burung yang memasuki atau berlegar di sekitar rumah mereka.

Menurut AVS: "Burung tiung adalah burung mudah menyesuaikan diri yang mengambil kesempatan mencari pelbagai sumber makanan di sebuah sekitaran bandar".

Orang awam boleh mengambil langkah-langkah berikut ini untuk mencegah burung daripada memasuki premis mereka, termasuk:

  • Membuang lebihan makanan dari sinki selepas mencuci pinggang mangkuk
  • Menyimpan semua makanan termasuk buah-buahan di dalam peti sejuk, ketuhar atau almari kabinet
  • Memastikan semua tempat buang sampah ditutup
  • Memasangkan peralatan menghalang burung seperti skrin atau jaring di tingkap-tingkap

Pemilik rumah juga boleh cuba menutup tingkap-tingkap pada sebelah siang hari selama tempoh dua minggu untuk memecahkan tabiat burung tiung daripada memasuki rumah mereka.

Orang awam boleh melaporkan kes yang disyaki penganiayaan haiwan kepada AVS menerusi laman webya atau dengan membuat panggilan kepada Pusat Respons Haiwan di 1800-476-1600. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan